Steak Hamburger QL (Hambāgu)

Daripada burger kebiasaan anda, apa kata anda mencuba Hambāgu? Resipi Steak Hamburger QL memberikan yang terbaik untuk burger dengan gabungan hebat daging dan herba.

Hidangkan Steak Hamburger QL ini sendirinya atau bersama dengan nasi.

 

Masa penyediaan: 30
Masa memasak: 15
Menghasilkan: 4 patty

Bahan-bahan

1 sudu besarminyak sayur
1 bijibawang kecil, dipotong dadu halus
2 ulasbawang putih, dicincang
220 gdaging kisar(atau campuran daging dan ayam)
70 gtofu silken
½ cawanpanko
1 bijitelur QL Omega , dipukul + 4 biji telur QL Omega (untuk poaching)
1 sudu besarsos tomato
1 sudu besarsos tiram
1 sudu besardaun parsli, dicincang halus
1 sudu besarkicap cair
½ sudu tehlada hitam
1 sudu tehhalia, diparut
½ cawanstok ayam
¼ cawantomato
1 sudu besarsos Worcestershire
1 sudu tehpes halia
Ramuan Iringan(Cadangan):
Kentang wedges, tomato, brokoli rebus dan bunga kobis rebus, nasi sushi

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak sayur di dalam kuali dan tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih sehingga lembut. Asingkan tumisan dan tinggalkan supaya menyejuk pada suhu bilik.
  2. Campurkan daging cincang, tofu, tumisan bawang, panko, telur, sos tomato, sos tiram, daun parsli, kicap dan lada hitam ke dalam satu mangkuk besar.
  3. Bahagikan patty kepada 4 bebola dan bentukkan menjadi bentuk bujur. Balut dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Poach 4 biji telur QL dan letakkan ketepi.
  5. Apabila bersedia untuk menghidang, panaskan kuali (tambahkan sedikit minyak jika perlu) and goreng patty hamburger sehingga masak dan berwarna perang keemasan pada kedua-dua belah, kemudian keluarkan daripada kuali.
  6. Buangkan minyak daripada kuali, masukkan halia dan tumis selama beberapa minit, kemudian masukkan stok ayam dan rebus sehingga sukatan menjadi separuh. Masukkan sos tomato dan sos Worcestershire.
  7. Letakkan patty burger semula ke dalam kuali, tutup dan masak selama 6 minit kemudian angkat penutup dan panaskan dengan api perlahan selama beberapa minit sehingga sos menjadi pekat.
  8. Hidangkan telur yang telah di poach ke atas patty burger, dengan ramuan iringan lain.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author