Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 8
Bahan-bahan
| 2 cawan | tepung | |
|---|---|---|
| ¼ cawan | gula | |
| 1 sudu teh | serbuk penaik | |
| 1 sudu teh | soda bikarbonat | |
| 115 g | mentega tanpa garam, sejuk | |
| 2 | Zest 2 biji lemon | |
| 2 sudu besar | jus lemon | |
| ¼ cawan | susu krim penuh | |
| 1 biji | telur QL Omega | |
| 1 sudu besar | lavender | |
| ½ sudu teh | garam | |
| Untuk Glaze Lemon: | ||
| 1 cawan | gula aising | |
| 2 sudu besar | jus lemon | |
Langkah Penyediaan
- Campurkan tepung, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam di dalam mangkuk.
- Tambahkan mentega sejuk dan lipat kedalam pastri sehingga ia mempunyai tekstur rapuh.
- Setelah sebati, bentukkan perigi di tengah adunan sebelum menambahkan susu, jus lemon dan telur QL Omega. Campur sebati sehingga adunan terbentuk.
- Kemudian, tambahkan masuk zest lemon dan lavender. Gaulkan dengan perlahan dengan tangan atau mixer.
- Di atas permukaan yang bertepung, gulingkan adunan kepada bulan setebal 2cm dah bahagikan kepada 8 bahagian berbentuk baji.
- Susunkan adunan berbentuk baji ke atas dulang yang beralas kertas parchment dan sapukan mentega keatasnya.
- Taburkan sedikit lavender keatasnya sebelum membakarnya di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180˚C selama 20 minit sehingga perang- keemasan.
- Untuk menyediakan glaze, gabungkan gula aising dan jus lemon di dalam mangkuk yang kecil. Gabung sebati dan masukkan campuran ke dalam beg memaip.
- Setelah scone menyejuk sedikit, sapukan glaze dengan serata keatas scones.
- Biarkannya selama 10 minit sebelum menyaji.
Petua QL Chef:
- Jika glaze lemon terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi jus lemon dan jikalau terlalu cair, tambahkan sedikit gula aising.
- Scone yang belum disapukan dengan glaze boleh disimpan di dalam peti beku dan dipanaskan di dalam ketuhar sebelum disaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 
	











 
							 
							