Resepi yang mudah ini hasil shortcake tradisional (gabungan yang indah di antara biskut dan kek) dengan unsur-unsur buah-buahan. Kami mencadangkan ia dinikmati pada hari yang sama ia disediakan, dengan dos sihat whip cream dan strawberi sejuk yang untuk teh petang yang sempurna.
Telur yang berkualiti adalah bahan yang terpenting – terutamanya bila mereka begitu berkhasiat! Pastikan anda menggunakan telur QL Omega…yang boleh didapat di pasaraya-pasaraya yang terkemuka di Malaysia.
Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 6 - 7 biji
Bahan-bahan
Shortcake: | ||
---|---|---|
250 g | tepung biasa | |
4 sudu teh | serbuk penaik | |
70 g | gula kastor | |
⅛ sudu teh | garam | |
110 g | mentega sejuk | |
100 g | whipping cream | |
1 sudu teh | jus lemon | |
1 biji | telur QL Omega bersaiz sederhana (saiz sajian 50 g), dipukul ringan | |
½ sudu teh | esen vanila | |
1 biji | putih telur QL Omega (untuk menyayu) | |
Strawberi: | ||
2 bakul/paket | strawberi | |
40 g | gula kastor | |
Whipped cream: | ||
1 cawan | whipping cream | |
1 sudu besar | gula kastor | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
Untuk menabur (perhiasan): | ||
2 sudu besar | gula aising |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan shortcake, ayakkan bersama tepung dan serbuk penaik.Tambahkan gula dan garam, dan gaul sehingga sebati.
- Gosokkan masuk mentega kepada campuran tepung dengan jari atau pemukul elektrik secara bernadi atau berkumandang.
- Dalam mangkuk yang lain, pukulkan bersama whipping cream dan jus lemon sehingga licin dan pekat. Pukulkan masuk telur QL Omega dan esen vanilla sehingga sebati.
- Lipatkan masuk campuran yang basah ke dalam campuran yang kering sehingga sebati. Berhati-hati agar tidak terlebih gaul campuran tersebut.
- Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Sementara itu, panaskan ketuhar kepada 210C.
- Letakkan adunan shortcake ke atas permukaan yang bertabur dengan tepung. Taburkan sedikit tepung ke atas adunan dan leperkan sehingga ketebalan 1 inci.
- Potongkan adunan dalam bentuk bulat dengan menggunakan pemotong bulat 2¼-inci hingga 2½-inci.
- Letakkan adunan yang dipotong ke atas tin biskut yang beralas dengan kertas parchment.
- Sapukan permukaannya dengan putih telur QL Omega.
- Bakar selama 15 mini. Biarkannya menyejuk di atas rak dawai.
- Untuk menyediakan strawberi, basuh dan keringkan strawberi.
- Potong kepada hirisan yang tebal.
- Lambungkan gula dengan strawberi sehingga sebati. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau hingga sedia untuk digunakan.
- Untuk menyediakan whipped cream, pukulkan krim, gula dan esen vanila bersama sehingga ianya tegar.
- Untuk memasang, belahkan setiap shortcake di tengah secara mendatar dan sandwickan dengan strawberi dan whipped cream.
- Debukan dengan gula aising dan hiaskan lagi dengan whipped cream dan strawberi.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.