Bom Bebola Ikan Enak

Setiap gigitan akan bermula dengan kiub roti yang rangup, diikuti dengan selapis nipis daging ayam cincang dan diakhiri dengan Bebola Ikan Goreng MUSHROOM yang enak dan seronok dikunyah. Hidangkan sebagai snek, semasa parti, sebagai bekalan makanan atau untuk bakul perkelahan anda untuk dinikmati semua!

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 - 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

12 bijiBebola Ikan Goreng MUSHROOM (kecil), dinyahbeku pada tahap suhu bilik
6 kepingroti putih, dibuang kulit dan dipotong kiub kecil 0.5cm
150 gdaging dada ayam kisar
1 bijitelur QL Deli Fresh, dipukul di dalam mangkuk
Garam dan lada secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Langkah Penyediaan

  1. Taburkan garam dan lada kepada daging ayam kisar dan gaulkan serata dengan sudu.
  2. Basahkan tangan anda (untuk mengelakkan daging ayam kisar dari melekat kepda tangan dan jari), dan cubitkan sedikit daging ayam kisar bersaiz lebih kurang syiling 50 sen.
  3. Gulungkan kepada bentuk sebiji bebola, dan leperkan dengan jari sebelum membalut bebola ikan goreng. Kemudian, gulungkan semula dengan jari atau tapak tangan sehingga bulat dan mampat.
  4. Celupkan ke dalam telur QL Deli Fresh yang telah dipukul, dan selaputi dengan kiub roti. Anda juga boleh lekatkan kiub roti kepada permukaan luar jika anda suka.
  5. Isikan minyak ke dalam kuali sehingga tingginya lebih kurang 2 – 3 cm dari dasar. Panaskan minyak atas api sederhana sehingga hampir mengasap. Kecilkan api dan gorengkan bom bebola ikan selama 2 – 3 minit atau hingga perang keemasan. Gunakan sepasang penyepit (tongs atau chopsticks) untuk membalikkan bom bebola ikan supaya ianya masak dengan serata.
  6. Hidangkan dengan serta-merta bersama sos kegemaran anda seperti sos tomato, cili atau mayonis.

 

Petua QL Kitchen:

  • Anda boleh menggantikan kiub roti dengan serbuk cebisan roti, tetapi ianya tak serangup seperti kiub roti.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author