Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: 30 keping biskut
Bahan-bahan
2 sudu besar | minyak |
---|---|
75 g | gula kastor |
1 biji | telur QL Omega |
½ sudu teh | esen vanila |
110 g | tepung gandum |
½ sudu teh | serbuk penaik |
⅛ sudu teh | garam |
30 g | kranberi kering |
50 g | kacang pistachio |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada suhu 150°C
- Dalam satu mangkuk, pukulkan bersama minyak and gula. Tambahkan telur QL Omega dan esen vanila.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan bersama tepung, serbuk penaik dan garam.
- Campurkan campuran tepung ke dalam adunan Telur QL Omega. Kemudian, tambahkan kranberi dan pistachio.
- Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Bahagikan adunan kepada dua. Bentukkan doh kepada bentuk balak yang 10 cm lebar pada dulang pembakar yang beralas dengan kertas parchement.
- Bakar untuk 35 minit atau sehingga sedikit keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan untuk menyejuk selama 10 minit.
- Potongkan kepingan setebal 0.5cm secara menyerong kemudian letakkan kepingan biskut di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 135°C selama 8 hingga 10 minit atau sehingga biskut kering.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.