Roti Telur QL Buluh Arang Marmar (Roti Zebra)

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 1 buku roti

Bahan-bahan

400 gtepung roti
18 gserbuk susu
60 ggula
6 ggaram
55 gmentega
2 sudu tehyis
1telur QL Omega + sedikit untuk menyapu
190 mlair
10 gserbuk arang buluh

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam mesin pemukul, tambahkan masuk semua ramuan kecuali serbuk buluh arang dan adunkan sehingga adunan terbentuk.
  2. Biarkannya bagi ia naik selama 40 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada dua. Campurkan serbuk buluh arang kepada setengah adunannya, dan adunkan sehingga ia sebati dan bentukkan kepada bola. Adunkan adunan biasa dengan ringan untuk membentuk bola juga. Tutupkan kedua-dua adunan tersebut dan biarkannya rehat selama 10 minit.
  4. Gulingkan adunan biasa di atas permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung kepada bentuk segi empat tidak sama dengan kelebaran lebih kurang 10 cm dan ketebalan 1.5cm (panjangnya tidak mengapa). Ulangi langkah ini dengan adunan arang.
  5. Letakkan adunan biasa ke atas adunan arang. Dengan menggunakan pin pengguling, gulingkan adunan dengan ringan untuk memastikan kedua-dua lapisan melekat bersama. Pastikan lebar adunan lebih kurang 13cm lepas diguling.
  6. Gulungkan adunan kepada bentuk balak dan letakkannya ke dalam tin roti. Sapukan permukaan adunan dengan telur yang telah dipukul. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C, untuk 30 minit.
  7. Setelah roti masak, keluarkan tin roti dari ketuhar dan tunggu selama 2 minit. Kemudian, keluarkan roti dari tin roti dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author