Seperti pasangan kekasih yang berjodoh, sesetengah ramuan memang sesuai bersama. Resepi sandwich ikan ini adalah contoh yang klasik. Kepingan ikan yang rangup, dan roti bun yang lembut adalah pasangan yang secocok sekali. Beserta dengan daun salad, tomato dan sos kegemaran anda, bermulalah kisah cinta yang lazat ini.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 5
Bahan-bahan
5 keping | Kepingan Ikan FIGO |
---|---|
5 keping | Ban Daun Teratai FIGO |
5 helai | daun salad, dibasuh |
1 biji | tomato besar, dihiris |
Sos sandwich (sos tomato, sos cili atau mayonis) | |
Minyak masak untuk menggoreng Kepingan Ikan Figo |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak masak setinggi 1cm di dalam kuali dan goreng Kepingan Ikan FIGO sehingga perang keemasan pada kedua-dua belah. Keluarkan dari kuali dan biarkan seketika.
- Dalam pengukus atau kuali/periuk, kukus Ban Daun Teratai FIGO (tidak perlu dinyahbeku) untuk 10 minit, matikan api dan keluarkan ban dari pengukus. Anda juga boleh menggoreng bahagian atas dan bawah ban di dalam kuali yang sama dari (1) sehingga sedikit perang.
- Letakkan daun salad dan hirisan tomato di dalam Ban Daun Teratai FIGO, curahkan sos kegemaran anda (seperti sos tomato, sos cili, mayonis atau sos Thousand Island), diikuti dengan sekeping Kepingan Ikan FIGO. Hidangkan dengan serta-merta.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.