Jika anda tidak boleh berganjak dari rusa kutub kegemaran anda, kek cawan Rudolph ini sangat sesuai bagi menyinari hari anda. Dibuat daripada coklat gelap, dan ramuan yang lain dari resepi kebiasaannya, resipi ini pasti akan membawa keceriaan kepada dunia anda dan keluarga.
Cubalah hidangan hebat ini bersama keluarga atau majlis jamuan makan secara santai.
Masa penyediaan: 1 jam
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 9 cupcakes
Bahan-bahan
Kek cawan coklat: | ||
---|---|---|
100 g | coklat couverture gelap | |
165 g | mentega tanpa garam | |
100 g | gula | |
4 | telur QL Omega | |
75 g | tepung biasa | |
15 g | serbuk koko (tidak manis) | |
1¼ sudu teh | serbuk penaik | |
Secubit garam | ||
Ganache coklat gelap: | ||
110 g | chocolate gelap | |
180 g | whipping cream | |
Untuk hiasan: | ||
Butang coklat gergasi | ||
Coklat bersalutan rangup | ||
Pretzel mini | ||
Pewarna makanan (hitam) | ||
Marshmallow mini, dihiris |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar ke 180°C.
- Masukkan coklat gelap dan mentega ke dalam mangkuk tahan gelombang mikro yang besar, kemudian cairkan di dalam ketuhar gelombang mikro kira-kira 2 minit. Berhenti sebentar di antara masa memasak untuk mengacau campuran.
- Keluarkan dari ketuhar gelombang mikro, masukkan gula dan kacau. Biarkan campuran tadi menyejuk, lebih kurang 10 minit.
- Kacau campuran selama 3 minit, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji secara perlahan-lahan.
- Ayakkan bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Kacau campuran tepung ke dalam bahan-bahan basah secara perlahan sehingga sebati.
- Isikan adunan tadi ke dalam cawan kek cawan, kira-kira 2/3 penuh, kemudian bakar selama 20 minit atau sehingga pencungkil gigi bersih tanpa melekat bila dicucuk.
- Untuk ganache coklat, panaskan krim putar di dalam ketuhar gelombang mikro, kemudian tambahkan coklat gelap. Kacau sehingga sebati. Letakkan ke tepi dan biarkan menyejuk.
- Untuk menghias kek cawan, sapukan ganache coklat ke atas kek cawan. Masukkan baki aising ke dalam beg paip.
- Tekankan butang coklat ke atas kek cawan sebagai bahagian hidung, kemudian lekatkan coklat bersalutan rangup di atasnya dengan menggunakan sedikit ganache. Lekatkan 2 keping marshmallow sebagai mata dan gunakan aising menulis hitam sebagai anak mata. Lekatkan pretzel sebagai telinga.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.