Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
35-40 biji
Bahan-bahan
75 g | mentega dengan garam, dilembutkan + 1 sudu besar mentega dengan garam |
---|---|
50 g | gula |
10 g | kuning telur QL Omega |
130 g | tepung gandum |
¼ sudu teh | garam |
30 g | badam kisar |
15 g | jalur badam |
Titisan pewarna oren merah, hijau yang gelap |
Langkah Penyediaan
- Krimkan mentega dan gula bersama sehinggga gebu dan lembut. Tambahkan kuning telur QL Omega dengan perlahan-lahan.
- Ayakkan tepung, garam dan badam kisar bersama. Campurkan campuran tepung ke dalam campuran mentega dan adunkan sehingga menjadi doh.
- Bahagikan keluar 40g adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar mentega dengan garam dan beberapa titis hijau gelap. Gaul sehingga sebati. Pindahkan ke dalam beg paip.
- Campurkan baki adunan dengan beberapa titis pewarna oren merah. Ambil 7g adunan dan ulikan bentuk bola, letakkan satu jalur badam di tengah bola. Paipkan bentuk daun di sebelah jalur badam. Ulangi langkah ini dengan adunan yang baki.
- Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan kepada suhu 150°C untuk 25-30 minit atau sehingga masak.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.