Dengan gembiranya kami mempersembahkan Makanan Laut dalam Sos Putih Berkrim dengan Mantou Goreng ini. Yum, yum, yum!
Resepi yang mudah ini menghasilkan hidangan makanan laut yang enak diiringi dengan cendawan butang dan sos berkrim yang enak. Disaji dengan Mantou Figo goreng yang enak, hidangan savori ini sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja!
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 6
Bahan-bahan
Untuk Sos Krim: | ||
---|---|---|
4 sudu besar | mentega (dicairkan) | |
2 sudu besar | tepung | |
½ cawan | stok ayam | |
½ cawan | whipping cream | |
Secubit garam dan lada | ||
Untuk Inti Makanan Laut: | ||
4 biji | cendawan butang, dihiris | |
1 biji | bawang besar, dicincang | |
½ paket | Steamboat 5 dalam 1 Figo | |
1/8 sudu teh | thyme kering | |
2 sudu besar | minyak | |
Garam dan lada | ||
Ramuan lain: | ||
½ paket | Mantou Figo - biasa, digoreng (6 biji) |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Kemudian, tambahkan Steamboat 5 dalam 1 Figo. Masak untuk lebih kurang 2 minit dan tambahkan garam, lada dan thyme.
- Dalam periuk sos, masakkan mentega dan tepung, dan tambahkan stok ayam dan krim dengan perlahan-lahan. Gaul sehingga licin sebati. Perisakan dengan garam dan lada.
- Gabungkan sos krim kepada makanan laut dan gaul sebati. Kemudian, pindahkan ke periuk casserole. Sajikan panas dengan Mantou Figo goreng.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.