Masa penyediaan: 2 jam
Masa memasak: 1 jam
Menghasilkan: three 5-inch tarts
Bahan-bahan
Kulit Tart: | ||
---|---|---|
1¼ cawan | tepung biasa, tambah sedikit untuk menabur | |
110 g | mentega tanpa garam sejuk, dipotong kiub | |
1 biji | kuning telur QL Omega | |
¼ sudu teh | garam | |
Kustard: | ||
2 biji | kuning telur QL Omega | |
2 sudu besar | krim pekat (heavy cream) | |
4 sudu besar | krim masam (sour cream) | |
3 sudu besar | keju Parmesan, diparut | |
⅛ sudu teh | lada hitam kisar | |
⅛ sudu teh | herba Itali kering | |
Parutan kulit (zest) 1 biji lemon | ||
Roulade Sayuran Panggang: | ||
2 batang | lobak merah besar, dibuang kulit | |
1 batang | zucchini hijau, dengan kulit | |
1 batang | zucchini kuning, dengan kulit | |
1 batang | terung, dengan kulit | |
3 sudu besar | minyak zaitun | |
1½ | herba Itali kering | |
1 sudu teh | garam | |
½ sudu teh | lada hitam kisar | |
6 keping | pastry puff, dinyahbeku (40g setiap helai) | |
½ cawan | tepung, untuk menabur | |
2 sudu besar | mentega, dilembutkan |
Langkah Penyediaan
- Kita mula dengan menyediakan kulit tart. Di dalam mangkuk gaul bersama tepung dan garam. Tambahkan kiub mentega sejuk dan gunakan jari anda untuk mencubit dan menyebatikan mentega dengan campuran tepung sehingga teksturnya menyerupai serpihan roti yang kasar. Tambahkan kuning telur dan gaulkan sehingga adunan terbentuk.
- Balutkan adunan dengan cling wrap dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Panaskan ketuhar kepada 180°C. Taburkan sedikit tepung ke atas sehelai kertas parchment yang besar. Letakkan adunan ke atas permukaan bertepung dan taburkan sedikit lagi tepung ke atasnya sebelum mengguling adunan di antara dua helai kertas parchment.
- Potongkan adunan kepada 3 bulatan dan tekankan adunan ke atas acuan tart 3-5 ini. Tebukkan lubang di dasar adunan dengan garpu. Balutkan dengan cling film dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit lagi.
- Bakarkan (blind bake) kulit tart selama 20 minit. Alaskan adunan sejuk dengan selapis kertas parchment dan isikan dalam tart dengan pemberat pie atau kacang dan bakar sehingga pinggirnya mula menjadi perang. Keluarkan pemberat pie pada 5 minit terakhir. Kulit tart sepatutnya berwarna pucat tetapi kering, tanpa tompok basah dari adunan mentah. Terus membakar untuk 3 – 5 minit tambahan jika perlu.
- Setelah siap, keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk atas rak dawai.
- Bersihkan dan hiriskan sayuran secara memanjang (menjadi seperti ribbon) dengan menggunakan perkakas mengupas (peeler).
- Ambilkan sehiris mana-mana sayuran dan gulingkan kepada bulatan yang ketat. Gulung dan balutkan dengan sehiris sayuran lain dan ulangi sehingga anda mendapati bulatan yang lebih kurang 4cm diameternya. Gunakan pasta kering untuk mengunci gulungan sayuran tersebut. Ulangi dan sediakan 2 lagi gulungan sayuran. Gerimiskan sedikit minyak zaitun, dan taburkan sedikit herba Itali, garam dan lada. Panggangkan sayuran selama 20 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 200°C.
- Gerimiskan sedikit minyak zaitun, dan taburkan sedikit herba Itali, garam dan lada. Panggangkan sayuran selama 20 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 200°C.
- Setelah siap, keluarkan dari ketuhar dan biarkkannya menyejuk.
- Untuk menyediakan kustard, gaulkan semua ramuan kustard di dalam mangkuk sehingga sebati.
- Isikan kulit tart dengan kustard sehingga ¾ penuh. Dengan cermat, letakkan gulungan sayuran panggang ke atas setiap tart. Bakar lagi pada 170°C selama 15 – 20 minit, atau sehingga kulit tart perang keemasan dan kustard masak.
- Biarkannya tart menyejuk di atas rak dawai sebelum mengeluarkannya dari acuan tart.
Petua QL Chef:
- Sediakan dahulu ramuan tart dengan membakar kulit tart dan memanggang gulungan sayuran dahulu. Anda juga boleh menyediakan dahulu kustard dan simpankannya di dalam peti sejuk.
- Kulit tart yang boleh telah disediakan dahulu boleh disimpan di dalam bekas kedap udara pada tahap suhu bilik selama 3 hari. Sayur panggang boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3 hari.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.