Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 35 minit
Menghasilkan: 1 kek
Bahan-bahan
Topping: | ||
---|---|---|
50 g | mentega, dilembutkan | |
50 g | gula perang lembut | |
1 tin | nanas dengan sirap, 1 keping bulat and yang lain dipotong dua | |
Ceri glacé | ||
Kek: | ||
200 g | mentega, dilembutkan | |
200 g | gula kastor emas | |
200 g | tepung penaik | |
2 sudu teh | serbuk penaik | |
2 sudu teh | esen vanila | |
4 biji | telur QL Omega | |
2 sudu besar | sirap nanas |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar ke suhu 180°C
- Untuk menyediakan topping, pukulkan mentega dan gula bersama sehingga berkrim. Sebarkan adunan ke atas kek tin 12 inci.
- Susunkan nanas yang dipotong dua di atas adunan seperti satu pusaran, kemudian letakkan kepingan yang bulat di tengah. Letakkan ceri di tengah kepingan nanas.
- Untuk membuat adunan kek, pukulkan gula dan mentega sehingga gebu. Tambahkan Telur QL Omega satu per satu dan diikuti dengan bahan-bahan yang lain.
- Pukulkan adunan sehingga lembut. Tuangkan adunan ke atas kepingan nanas.
- Bakar dalam ketuhar selama 35 minit. Biarkan sejuk untuk 5 minit kemudian terbalikkan tin kek ke atas pinggan. Hidangkan dengan ais krim.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.