Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 3 - 4
Bahan-bahan
Pancake Pistachio: | ||
---|---|---|
140 g | tepung biasa | |
1/3 cawan | kacang pistachio, dicincang halus | |
2 sudu besar | gula | |
1 sudu teh | serbuk penaik | |
1 sudu teh | soda bikarbonat | |
¼ | garam | |
2 biji | telur QL Omega, dipukul ringan | |
1¼ cawan | susu | |
1 sudu teh | esen vanila | |
2 sudu besar | mentega tanpa garam, dicairkan | |
Topping: | ||
240 ml | whipping cream | |
1 sudu teh | esen vanila | |
4 sudu besar | gula | |
Segenggam pistachio cincang |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan pancake pistachio, gabungkan semua ramuan kering di dalam mangkuk yang besar.
- Tambahkan telur QL Omega, susu, esen vanila dan mentega. Pukulkan sehingga licin dan sebati.
- Panaskan kuali atas api sederhana dan sapukan sedikit mentega.
- Tuangkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga bebuih muncul pada bahagian atas pancake. Terbalikkan pancake dan masak untuk selama seminit lagi. Ulangi untuk baki adunan.
- Untuk menyediakan whipped cream, pukulkan bersama whipping cream, esen vanila dan gula sehingga puncak lembut dicapai.
- Sajikan pancake pistachio dengan whipped cream dan hiasi dengan pistachio cincang.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.