Mayonis Homemade

Mayonis amat terkenal terutamanya di kalangan rakyat Malaysia sebagai ramuan untuk burger dan sandwic. Ia juga digunakan sebagai sos cecahan untuk hidangan goreng seperti ayam atau makanan laut goreng, atau sebagai sos dressing untuk salad. Tak lupa juga sandwic tuna mayo yang senang dan cepat disediakan (kami amat gemari sandwic tuna mayo yang enak!!).

Akan tetapi, kebanyakan kami bimbang dengan ramuan tambahan, penstabil, perasa dan pengawet yang terdapat dalam mayonis biasa. Selain itu, ada juga di kalangan kami yang tidak sempat untuk menghabiskan sebotol mayonis sebelum tarikh luputnya, dan memang sayang untuk membazirkan makanan.

Untuk menyelesaikan kebimbangan ini, kami akan berkongsi dengan anda resepi mayonis homemade ini. Anda akan kagum dengan resepi yang hanya memerlukan 6 bahan, dan boleh siap sedia dalam masa kurang daripada 20 minit. Ianya begitu mudah untuk disediakan, jadi anda boleh menyediakan secukup-cukupnya dan mengelakkan pembaziran. Jika tak habis, ia boleh disimpan di dalam balang kaca dan tahan selama 3 hari di dalam peti sejuk.

Resepi mayonis homemade ini paling sesuai jika menggunakan telur yang segar dan berkualiti tinggi kerana ia memerlukan kuning telur yang mentah. Kuning telur QL Omega sempurna untuk resepi ini kerana ianya segar dan dihasilkan dalam keadaan yang bersih dan dikawal rapi. Paling bagusnya, ia mengandungi kolesterol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa di pasaran.

Jika anda bimbang dengan penggunaan kuning telur yang mentah, usah bimbang…kami juga akan mengajar petua untuk memasak mayonis. Mayonis yang telah dimasak boleh tahan lebih lama, lebih kurang seminggu di dalam peti sejuk.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 1 cawan mayonis

Bahan-bahan

4 bijikuning telur QL Omega
½ cawanminyak sayur berasa yang lebih hambar (seperti minyak jagung, minyak canola atau minyak zaitun ringan) (125 ml)
2 sudu besarjus lemon
2 sudu besarair
Secubit garam dan lada sulah untuk rasa (atau secukup rasa)

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan kuning telur, air, sepicit garam (atau secukup rasa) dan jus lemon dengan mesin processor makanan, mesin pengisar (atau pengisar immersion seperti yang dipapar di dalam gambar di bawah), atau secara manual dengan menggunakan pemukul dawai. Penggunaan mesin processor makanan adalah paling mudah di mana anda hanya perlu menuangkan minyak dengan perlahan di bukaan tiub semasa ianya dipukul. Anda juga boleh menuangkan minyak melalui celahan di penutup mesin pengisar semasa penyediaannya (dengan motornya hidup).
  2. Tuangkan masuk minyak dengan perlahan, sedikit demi sedikit. Kisar atau pukul dengan sebati untuknya mengemulsi, dan ulangi sehingga tekstur dan kepekatan yang diingini diperolehi. Anda tidak semestinya menghabiskan semua minyak jika suka.
  3. Tambahkan lada sulah untuk rasa jika suka. Anda juga boleh tambahkan potongan daun kucai, parsli, serbuk mustard Dijon atau serbuk lada cayenne untuk rasa tambahan.
  4. Ia boleh disimpan dalam balang kaca di dalam peti sejuk selama 3 hari.

 

Petua QL Kitchen:

  • Jika anda bimbang dengan penggunaan kuning telur mentah di dalam resepi ini, pukulkan kuning telur, jus lemon, air dan garam sehingga pekat berbuih di atas double boiler atau mangkuk tahan panas yang diletak atas periuk dengan air yang mendidih dengan perlahan (mangkuk seharusnya dipanaskan dengan stim dan tidak bersentuhan dengan air mendidih). Teruskan memukul campurannya selama 3 – 4 minit sehingga termometer mencapai 160°F atau 71°C, atau sehingga campuran berkrim dan berwarna kuning pucat. Biarkannya sejuk sebelum menuangkannya ke dalam mesin processor makanan atau pengisar, atau pukulkan dengan pemukul dawai untuk mengemulsikan minyaknya.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author