Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 6-8
Bahan-bahan
500 g | Bebola Ikan Goreng Beku MUSHROOM (S), dinyahbeku |
---|---|
4 biji | kuning telur masin, direbus selama 5 minit dan dilenyekkan |
3 ulas | bawang putih, dicincang halus |
300 ml | susu sejat |
3 helai | daun limau purut, dihiris nipis |
2 sudu teh | gula |
2 sudu besar | mentega |
1 sudu besar | minyak |
Daun ketumbar | |
Cili segar, dihiris | |
Daun limau purut |
Langkah Penyediaan
- Di dalam kuali yang dalam, panaskan minyak dan mentega dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
- Tambahkan telur masin dan susu sejat. Teruskan mengacau. Setelah ia mendidih dan memekat, tambahkan masuk Bebola Ikan Goreng MUSHROOM dan gaul sebati
- Tambahkan gula dan kacau lagi untuk beberapa minit, dan pastikan setiap Bebola Ikan Goreng MUSHROOM diselaputi dengan sos.
- Alihkan dari api dan tambahkan daun limau purut.
- Hiaskan dengan ketumbar, cili segar dan daun limau purut sebelum disaji.
Petua QL Chef:
- Untuk kepedasan tambahan, gunakanlah cili padi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.