Tart Kastard Limau Mandarin

Beberapa benda semestinya ada pada setiap Tahun Baru Cina. Limau mandarin adalah salah satu daripadanya! Buah klasik ini dinikmati tak kira muda atau tua untuk rasanya yang manis. Tahun Baru Cina tentu tak sama tanpa limau mandarin.

Oleh kerana buah ini begitu lazat, kami tak tahan untuk menggabungkannya bersama tart kastard untuk menghasilkan hidangan yang enak ini. Semestinya melazatkan rasa limau mandarin lagi.

 

Masa penyediaan: 45 minit
Masa membakar: 20 minit
Sajian untuk: 8 orang

Bahan-bahan

130 gmentega (dengan garam)
50 ggula aising
2 bijikuning telur QL Omega
210 gtepung biasa
60 gbadam kisar
Inti Kastard Oren
200 gair
110 ggula
50 gtepung jagung + 50 g air
150 gjus limau mandarin
1 sudu besarpati oren
4 bijikuning telur QL omega
1 sudu tehparutan kulit limau Mandarin
Perhiasan
300 glimau Mandarin (dikupas)
sejambak daun pudina

Langkah Penyediaan

  1. Untuk pastri, pukulkan mentega dan gula di dalam mangkuk sehingga pucat dan berkrim.
  2. Tambahkan kuning telur QL Omega dan pukulkan selama 1 minit.
  3. Lipatkan masuk tepung dan badam kisar. Gaul sehingga adunan terbentuk.
  4. Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
  5. Bahagikan adunan dan tekan ke atas 8 biji acuan tart bersaiz sederhana.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 15 – 20 minit atau sehingga ia sedikit keemasan. Biarkannya menyejuk.
  7. Keluarkan dasar tart dari acuan dan biarkan seketika.
  8. Untuk inti kastard oren, didihkan air dan gula di dalam periuk. Gaulkan tepung jagung dan air dan pukulkan masuk campuran tersebut ke dalam sirap dan masak sehingga ianya pekat. Masak selama 30 saat.
  9. Pukulkan masuk jus limau mandarin, pati oren dan parutan kulit limau mandarin. Masak lagi selama 1 minit.
  10. Padamkan api dan pukulkan masuk kuning telur QL Omega.
  11. Tuangkan kastard oren ke dalam mangkuk dan biarkannya menyejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk menyejuk lagi.
  12. Untuk memasang, isikan dasar tart dengan kastard oren dan susunkan limau mandarin ke atasnnya.
  13. Hiaskan dengan daun pudina.

About the author