Biskut Sirap Bandung

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 30 cookie

Bahan-bahan

10 gtepung jagung
25 gtepung susu
¼ sudu tehserbuk penaik
40 gbadam kisar
110 gmentega
35 ggula
2 bijikuning telur QL Omega
120 gtepung gandum
1 sudu tehsirap ros merah
½ sudu tehesen ros
¼ sudu tehpewarna merah
1 bijiputih telur QL Omega
Gula haisan berbentuk hati, sebagai hiasan

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Di dalam satu mangkuk, ayakkan tepung jagung, tepung gandum, tepung susu dan serbuk penaik. Tambahkan badam kisar dan gaul rata.
  2. Dengan pemukul elektrik, krimkan mentega dan gula selama 3 minit atau sehingga gebu.
  3. Seterusnya, tambahkan kuning telur QL Omega dan pukul sehingga sebati.
  4. Tambah campuran tepung, dan adunkan sehingga adunan terbentuk.
  5. Masukkan sirap ros merah, esen ros dan pewarna merah.
  6. Leperkan adunan di atas permukaan yang ditaburkan dengan tepung dan gunakan pemotong biskut yang berbentuk bunga untuk potong. Setelah dipotong, pindahkan ke atas dulang pembakar dengan kertas minyak.
  7. Sapu permukaan atas biskut dengan putih telur QL Omega dan taburkan sedikit gula hiasan berbentuk hati.
  8. Bakar biskut pada suhu 160°C selama 18 minit. Keluarkan selepas membakar dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai. Simpan dalam bekas kedap udara.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author