Fondue Keju

Fondue keju adalah resepi parti klassik yang popular dari semenjak tahun 1960-an di mana ia paling terkenal. Resepi Fondue Keju QL Kitchen bukan sahaja mudah, seronok dan memuaskan, malah adalah salah satu cara yang paling enak untuk menikmati keju.

Beberapa jenis keju digabung untuk menghasilkan hidangan keju cair ala Swiss, Itali dan Perancis (setiap keju dari setiap negara asalnya!) ini yang dihidangkan dari periuk yang cantik. Kami melazatkan lagi hidangan ini dengan menambahkan nugget ketam dan bebola udang karang!

 

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

50 gmentega
20 gtepung
300 gsusu
100 gair
½ sudu tehgaram
60 gkeju Cheddar
50 gkeju Parmesan
1 paketPilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM

Langkah Penyediaan

  1. Dalam periuk sos, cairkan mentega dan tambahkan tepung. Masak selama 1 minit.
  2. Kemudian, tambahkan susu dan air. Masak sehingga campuran memekat dan tambahkan garam.
  3. Tambahkan keju parmesan dan cheddar dan masak selama 1 minit lagi.
  4. Setelah sedia, tuangkan ke dalam mangkuk fondue dan kekalkan hangat.
  5. Ambilkan 1 paket Pilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM dan bilaskan bebola makanan laut dengan air panas untuk memanaskannya sedikit.
  6. Susunkan Pilihan Steamboat 6 Dalam 1 MUSHROOM sebelah mangkuk fondue. Dengan menggunakan garpu fondue, cucukkan nugget ketam dan cecahkan ke dalam fondue. Sajikan hangat.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author