Kini tibalah masanya di mana para peniaga, syarikat dan pekerja, menutup tirai kepada tahun perniagaan mereka. Jamuan syarikat tahunan biasanya berlangsung sebelum Tahun Baru Cina di mana ia melambangkan pengakhiran tahun yang penuh dengan kejayaan dan kemakmuran.
Inilah masanya Lou Sang, atau 捞生dalam bahasa Cina memainkan peranannya, di mana ianya amat penting bagi jamuan syarikat tahunan. Lou Sang melambangkan kekayaan di mana perkataan Cinanya bermaksud ‘melambungkan kekayaan”. Hidangan ini terdiri daripada beberapa ramuan segar dan ramuan jeruk, yang digaul lambung dengan menggunakan penyepit, diiringi dengan peribahasa yang berbunyi elok lagi bertuah.
Walaupun Lou Sang yang tersedia boleh didapati dari pasaraya atau restoran, ianya tentulah tak setanding Lou Sang yang disediakan segar di rumah sendiri. Kami di QL Kitchen menggemari Lou Sang yang penuh dengan ramuan segar, dan ditambah dengan hirisan Imitation Crab Stick MUSHROOM yang rangup. Ianya memerlukan masa penyediaan yang lebih, tetapi usaha tambahan ini tentu berbaloi!
Hirisan Imitation Crab Sticks MUSHROOM yang rangup menambahkan rasa makanan laut savori berbanding dengan keropok biasa yang terdapat dalam bungkusan Lou Sang yang tersedia. Jika masa tidak mengizingkan untuk menyediakan Lou Sang sendiri sepenuhnya, anda boleh juga menggoreng hirisan crab stick dan taburkan ke atas Lou Sang tersedia dari pasaraya.
Bahan-bahan
4 - 5 batang | Imitation Crab Stick MUSHROOM | |
---|---|---|
Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng Imitation Crab Stick MUSHROOM | ||
100 g | sashimi ikan salmon, dihiris nipis | |
1 batang | lobak merah (bersaiz sederhana), diparut halus atau dihiris nipis | |
½ batang | lobak putih (bersaiz sederhana), diparut halus atau dihiris nipis | |
4 helai | daun salad hijau Cina, dihiris | |
1 biji | epal hijau (diparut halus atau dihiris nipis panjang dan direndam dalam air garam untuk mengelakkannya dari menjadi perang) | |
1 biji | mangga hijau muda (bersaiz sederhana), diparut halus atau dihiris nipis panjang | |
2 ulas | isi buah limau bali, dengan serat pundinya dibuang | |
1 biji | pear Cina (bersaiz sederhana), dihiris (terpulang) | |
2 - 3 tangkal | daun bawang, dihiris | |
3 - 4 tangkal | daun ketumbar (daun sahaja) | |
4 sudu besar | halia jeruk, dihiris | |
50 g | kacang tanah panggang, dicincang atau ditumbuk kasar | |
10 g | biji bijan panggang | |
2 - 3 sudu teh | minyak bijan atau minyak sayuran | |
½ biji | limau, dipotong baji | |
Perasa: | ||
¼ sudu teh | serbuk lada putih (atau secukup rasa) | |
¼ sudu teh | serbuk lima rempah (atau secukup rasa) | |
Sos Lou Sang (Digaul bersama): | ||
4 sudu besar | sos plum | |
3 sudu besar | jus limau | |
2 sudu besar | madu atau gula malt (atau secukup rasa) |
Langkah Penyediaan
- Cabikkan Imitation Crab Sticks MUSHROOM kepada hirisan nipis panjang dan gorengkan dengan minyak sehingga perang dan rangup. Keringkan minyak berlebihan dengan kertas paper towel dan simpan di dalam bekas kedap udara.
- Rendamkan hirisan lobak merah dan lobak putih di dalam air berais selama 5 minit (supaya ia lebih rangup)
- Picit dan buangkan air yang berlebihan dan susunkannya ke bahagian tengah piring bulat yang besar.
- Susunkan hirisan daun salad, epal hijau, per Cina, limau bali, halia jeruk, daun ketumbar dan daun bawang di sekeliling timbunan lobak merah dan lobak putih.
- Susunkan sashimi ikan salmon ke atas atau di sekeliling timbunan tengah.
- Semasa disaji, picitkan jus limau ke atas sashimi. Tuangkan minyak bijan dan sos ke atas bahan-bahan yang telah disusun. Taburkan serbuk lima rempah, biji bijan, kacang tanah dan hirisan Imitation Crab Stick MUSHROOM goreng.
- Gaul-lambung dengan menggunakan penyepit, setinggi yang boleh sambil mengucapkan peribahasa yang bertuah dan bahagia kepada semua.
Petua QL Kitchen:
Hirisan Imitation Crab Stick MUSHROOM rangup boleh disimpan di dalam bekas kedap udara selama 2 hari, dan ia mungkin lemau selepas itu. Oleh demikian, lebih baik jika dihabiskan dengan segera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.