Rasa enak yang berlainan digabungkan dalam Ramen Bijan Pedas ini. Hidangan yang menyelerakan ini sesuai sebagai hidangan tengahari ataupun sarapan.
Tunggu apa lagi, cubalah resepi kami ini untuk dua orang!
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 2
Bahan-bahan
2 biji | telur QL Omega | |
---|---|---|
⅛ sudu teh | garam | |
½ sudu teh | serbuk bawang putih | |
220 g | mee ramen – segar atau kering (dimasak mengikut arahan di atas pek) | |
Sos Dressing Bijan Pedas: | ||
4 sudu besar | campuran bijan putih dan hitam, dipanggang | |
4 sudu besar | air | |
3 sudu besar | kicap cair | |
2 sudu besar | cuka beras | |
1 sudu teh | halia, diparut | |
2 sudu teh | shichimi (lada cili Jepun) | |
2 sudu besar | minyak bijan panggang | |
Topping: | ||
40 g | timun Jepun, dihiris nipis memanjang | |
40 g | kubis ungu, dihiris nipis | |
30 g | jagung biji | |
6 biji | tomato ceri, dibelah 4 | |
60 g | sweet pea, direbus dalam air panas | |
40 g | lobak merah, dihiris nipis memanjang | |
4 ketul | Filamen Ketam MUSHROOM, dihiris nipis | |
6 | udang bersaiz sederhana, ditumis sehingga berwarna merah jambu dan masak | |
½ biji | avocado, dihiris nipis | |
Kanikko (snek ketam kecil Jepun) | ||
Daun bawang, emping bonito dan rumpai laut sebagai perhiasan |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan 2 biji Telur QL Omega bersama garam dan serbuk bawang putih. Di dalam kuali bersaiz sederhana, tambahkan ¼ campuran telur dan sebarkan untuk mendapatkan telur goreng yang nipis seperti crepe.
- Bila tepi telur telah masak, terbalikkan crepe telur dan masak lagi selama beberapa saat. Keluarkan dan ulangi dengan baki campuran telur.
- Gulungkan crepe telur dan hiriskan kepada riben nipis, ketepikan.
- Tumbukkan bijan di dalam lesung batu sehingga menjadi pes. Tambahkan air, kicap cair, cuka beras, halia, shichimi dan minyak bijan. Sebatikan sos dressing.
- Susunkan ramen di dalam mangkuk salad dan tuangkan setengah sos dressing ke atasnya. Kemudian, susunkan topping ke atasnya. Akhirnya, tuangkan baki sos dressing dengan bahan perhiasan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.