Makanan Laut Kong Po dalam Bakul Keladi

Hidangan makan malam Tahun Baru Cina dari kami! Hiburkan dan tarik perhatian tetamu anda dengan  hidangan makanan  laut yang mengiurkan dengan kebaikan steamboat.

Pilih dan ambil dari berbagai-bagai pilihan sayuran dan daging yang disusun di dalam bakul keladi yang rangup.

 

Masa penyediaan: 60 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4 - 5

Bahan-bahan

Bakul Keladi:
300 gkeladi, dipotong kiub
1 sudu tehgaram
2 sudu tehgula
½ sudu tehserbuk lime rempah
¼ sudu tehlada sulah
1 sudu besarshortening
5 sudu besarkanji gandum
t sudu besarair mendidih
2 sudu besarminyak
Minyak untuk menggoreng
Perapan Bahan Steamboat:
1 sudu tehkicap cair
½ sudu tehgaram
½ sudu tehlada sulah
3 sudu besarminyak
1 sudu besartepung jagung
Inti Kong Po:
250 gPilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM
2 sudu besarminyak
20 gbawang putih, dicincang
1bawang merah, dipotong baji
3cili kering, dipotong kepada panjang 1 inci
40 glada Benggala hijau
2 sudu besarkicap cair
1 sudu besarsos tiram
2 sudu besarkicap pekat
2 sudu tehgula
2 sudu besarcuka hitam
6 sudu besarair
60 gSashimi Snow Crab MUSHROOM
20 gdaun bawang, dipotong kepada panjang 2-inci
30 gkacang gajus panggang
Minyak masak untuk menggoreng
Soun Rangup (Hiasan):
50 gsoun Kering

Langkah Penyediaan

  1. Untuk bakul keladi, rebuskan (steam) keladi selama 15 minit atau sehingga lembut.
  2. Lenyekkan keladi bersama garam, gula, serbuk lima rempah, lada sulah, shortening, kanji gandum, air mendidih dan 2 sudu besar minyak masak. Gaulkan sebati dan adun dengan menggunakan tangan sehingga tekstur kukuh.
  3. Bentukkan seperti cincin dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama sejam (anda juga boleh membuat ini lebih awal dan tinggalkan di dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk menggoreng)
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng, dan goreng secara deep fried adunan itu sehingga menjadi coklat keemasan, angkat dengan cermat dan letakkkan ketepi.
  5. Untuk membuat soun rangup, sebarkan sedikit sebelum memasukkan soun kedalam kuali panas. Soun akan mengembang dengan serta merta. Angkat dan keringkan minyak di atas penapis.
  6. Untuk inti Kong Po, perap Pilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM dengan sos perapan yang terdiri dari sos soya, garam, lada sulah, minyak dan tepung jagung.
  7. Untuk memasak inti, panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang dan bawang merah sehingga wangi. Tambahkan Pilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM yang telah diperap , cili kering dan lada benggala hijau.
  8. Tambahkan kicap cair, sos tiram, kicap pekat, gula, cuka hitam dan air. Masak sehingga sos memekat.
  9. Akhir sekali, tambahkan Sashimi Snow Crab MUSHROOM, daun bawang dan kacang gajus panggang. Gaulkan dan lambungkan untuk memastikan semua ramuan dipanaskan dengan serata.
  10. Pindahkan inti kong po ke dalam cincin keladi dan hidangkan panas.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author