Masa penyediaan: 75 minit
Masa memasak: 30 - 35 minit
Menghasilkan: 1 tin
Bahan-bahan
A: | ||
---|---|---|
4 biji | telur QL Deli Fresh | |
½ sudu teh | garam | |
B: | ||
340 g | gula melaka | |
80 g | air | |
C: | ||
320 g | tepung | |
½ sudu teh | serbuk penaik | |
1½ sudu teh | yis | |
D: | ||
320 g | santan | |
40 g | mentega, dicairkan |
Langkah Penyediaan
- Cairkan B di dalam ketuhar gelombang dan biarkannya menyejuk. Tapiskan dan biarkan seketika.
- Pukulkan A sehingga gebu dan tuangkan masuk B dan teruskan memukul sehingga warna campuran menjadi pucat.
- Lipatkan masuk C, diikuti dengan D. Gabung sebati.
- Tuangkan ke dalam tin kek dan biarkannya rehat selama 1 jam.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.