Cawan Daun Salad Lima Harta

Kadang-kadang ada manisnya menambahkan sedikit kejutan untuk makan malam Tahun Baru Cina. Selepas melambung Lou Sang bersama teman dan keluarga, hidangkan pula mereka dengan pembuka selera yang mempesonakan dengan penggunakan kreatif salad Cina.

Nikmati kerangupan dan keenakan ketika makan tetapi  berhati-hatilah agar tidak tertumpah!

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 5 - 6

Bahan-bahan

1 kgFilamen Ikan QQ MUSHROOM, dihiris kepada 3 bahagian
80 gSashimi Snow Crab MUSHROOM, dipotong kepada 3 bahagian
3 bijibawang merah kecil, dipotong dadu
3 ulasbawang putih, dicincang
2 sudu besarminyak
5 ketulcendawan hitam, direndam dalam air panas dan dipotong dadu
5 bijisengkuang Cina, dipotong dadu
1 biji glada benggala merah, dibuang biji dan di potong dadu
30 gdaun bawang, dihiris nipis
1 bijisalad iceberg / Romaine
Sos:
1 sudu besarkicap cair
1 ½ sudu besarsos tiram
1 sudu tehgula
½ sudu tehgaram
½ sudu besarsos cili pedas
1 sudu tehserbuk bawang putih
1 sudu tehminyak bijan
1 sudu tehtepung jagung + 75 ml air
Secubitlada hitam

Langkah Penyediaan

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak sehingga wangi kemudian tambahkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Sashimi Snow Crab MUSHROOM dan cendawan hitam. Gaulkan.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan masak sehingga campuran memekat.
  3. Masukkan sengkuang cina dan lada benggala, dan goreng sebaiknya. Akhirnya masukkan daun bawang dan kacau.
  4. Untuk menghidang, sudukan campuran ke atas daun salad Iceberg dan hidangkan suam.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author