Masa penyediaan: 90 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 6
Bahan-bahan
Sos Cecah Cili Cheese: | ||
---|---|---|
½ sudu teh | minyak zaitun | |
2 ulas | bawang putih, dicincang | |
3 biji | bawang kecil, dicincang | |
130 g | daging ayam, dicincang | |
1 tin | kacang kidney merah, dibuang airnya | |
6 | tomato ceri | |
1 tangkal | saderi, dicincang | |
179 g | puree tomato | |
¼ biji | lada Bengala merah, dicincang | |
½ sudu teh | serbuk jintan putih | |
1 sudu teh | herba campur | |
1 sudu teh | emping cili | |
1 sudu besar | gula perang | |
60 g | cheddar atau mozzarella | |
Garam dan lada secukup rasa | ||
Roll Sosej: | ||
200 g | tepung roti | |
50 g | tepung biasa | |
50 g | gula | |
¾ sudu teh | garam | |
2½ sudu teh | yis segera | |
55 g | susu | |
70 g | air | |
1 biji | telur QL Omega, dipukul untuk adunan | |
1 biji | telur QL Omega, dipukul untuk menyapu (egg wash) | |
48 g | mentega | |
10 -14 | sosej cocktail | |
Parsli, untuk perhiasan |
Langkah Penyediaan
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih atas api sederhana. Tambahkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
- Tambahkan saderi, lada Bengala, tomato dan puree tomato. Gaul sebati.
- Tambahkan kacang kidney, serbuk jintan putih, herba campur, emping cili, gula perang, lada dan garam.
- Matikan api sejurus bila campuran mula mendidih.
- Untuk menyediakan roll sosej, campurkan bersama tepung roti, tepung biasa, garam, gula dan yis di dalam mangkuk,
- Tambahkan susu, air dan 1 biji telur QL Omega. Gaul sebati.
- Tambahkan mentega dan adun dengan tangan sehingga adunan licin dan kental.
- Biarkannya untuk kembang selama 60 minit di dalam bilik yang suam.
- Bahagikan adunan kepada 3 biji bola dan gulingkan kepada bentuk segi empat tidak sama. Potongkan kepada bentuk segi tiga untuk membalut sosej cocktail.
- Susunkan sosej yang telah dibalut di dalam dulang pembakar yang dalam.
- Tuangkan sos cecahan cili di tengah dan taburkan keju ke atas sos.
- Sapukan telur QL Omega yang telah dipukul ke atas permukaan adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 20 – 25 minit atau sehingga adunan perang keemasan dan keju telah melebur.
- Hiaskan dengan sedikit parsli. Sajikan dengan serta-merta.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.