Biskut Shortbread Coklat

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 25 biskut

Bahan-bahan

115 gmentega
50 ggula aising
100 gtepung
50 gtepung beras
25 gserbuk koko
15 gserbuk badam
20 gemping badam
1 bijikuning telur QL Deli Fresh
Salutan Coklat:
250 gcoklat gelap
80 gcoklat putih

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar ketada 160 darjah Celsius. Di dalam mangkuk, ayakkan bersama tepung, tepung beras dan serbuk koko. Tambahkan serbuk badam dan gaul sebati.
  2. Dengan pemukul elektrik, krimkan mentega dan gula selama 3 minit atau sehingga campuran ringan dan gebu.
  3. Kemudian, tambahkan masuk kuning telur QL Deli Fresh dan pukul sehingga sebati.
  4. Tambahkan campuran tepung dan emping badam secara beransuran, dan gaul sehingga adunan terbentuk.
  5. Alaskan tin biskut segi empat dengan cling film. Kemudian, tekankan adunan ke dalam tin sehingga permukaan yang licin terbentuk. Tutupkan dengan cling film dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 5 jam.
  6. Potongkan adunan kepada ketulan setebal 7mm. Alihkan kepada tin biskut yang telah dialas dengan kertas parchment.
  7. Bakar biskut pada 160 darjah Celsius selama 20 minit. Sejukkan di atas rak dawai selepas dibakar.
  8. Cairkan coklat gelap di dalam ketuhar gelombang selama 90 saat dan coklat putih selama 50 saat. Kacau hingga licin.
  9. Masukkan coklat putih ke dalam beg memaip dan biarkan seketika.
  10. Celupkan setiap biskut ke dalam coklat gelap cair. Letakkan di atas kertas parchment dan paipkan coklat putih cair ke atas biskut.
  11. Tarikkan pencungkil gigi dari hujung ke hujung untuk membentuk corak beralun. Biarkan biskut kering sebelum menyimpan di dalam bekas kedap udara.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author