Galette Pic dan Beri

Masa penyediaan: 35 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 2 galette bersaiz sederhana

Bahan-bahan

Campuran Buah-Buahan:
250 gpic hiris
1 bekas blueberi
100 gstrawberi, dipotong tengah
1 sudu besargula aising + 1 sudu teh tepung jagung
Galette:
185 gtepung
30 gbadam kisar + 2 sudu besar
10 ggula kastor
1 bijitelur QL Omega, dipukul
¼ sudu tehgaram
110 gmentega, sejuk and dipotong kiub
2 sudu besarair sejuk

Langkah Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan-bahan campuran buah-buahan bersama.
  2. Di dalam mesin pemukul, tambahkan masuk tepung, badam kisar, garam dan gula, dan pukul pada setting nadi sehingga sebati.
  3. Tambahkan mentega dan teruskan pukul pada setting nadi sehingga serbuk kasar terbentuk.
  4. Tambahkan setengah telur QL Omega yang telah dipukul, dan pukul sehingga adunan berserpih tetapi boleh melekat bersama.
  5. Guling dan leperkan adunan di antara dua helai cling film dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bola dan gulingkan kepada ketebalan 1cm.
  7. Lipatkan sisi di sekeliling, lebih kurang 1 inci.
  8. Taburkan badam kisar sebelum menambahkan buah-buahan campur. Beruskan sisi dengan baki telur QL Omega yang telah dipukul.
  9. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 30-35 minit atau hingga perang keemasan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author