Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 - 15 minit
Menghasilkan: 6
Bahan-bahan
| 20 g | mentega tanpa garam, dilembutkan | |
|---|---|---|
| 3½ sudu teh | minyak | |
| 30 g | gula kastor | |
| 25 g | gula perang | |
| 34 g | telur QL Omega | |
| 102 g | tepung | |
| ½ sudu teh | serbuk penaik | |
| Secubit serbuk penaik soda | ||
| 7 g | serbuk koko | |
| ¼ sudu teh | garam | |
| 75 g | susu | |
| ⅛ sudu teh | esen vanila | |
Salutan (Glaze): | ||
| ½ cawan | coklat putih, dicairkan | |
| 1 sudu besar | sirap jagung | |
| 1 sudu besar | mentega, dicairkan | |
| ½ sudu teh | esen vanila | |
| Air | ||
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada suhu 210°C dengan kipas.
- Untuk menyediakan donut, krimkan mentega, minyak dan gula bersama sehingga sebati.
- Tambahkan Telur QL Omega, dan pukul untuk 1 minit sehingga sebati.
- Dalam satu mangkuk yang lain, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, serbuk penaik soda. Tambahkan garam dan gaul sebati.
- Tambahkan separuh campuran tepung ke dalam campuran Telur QL Omega, kemudian tambahkan susu dan esen vanilla. Gaulkan.
- Tambahkan baki tepung ke dalam adunan. Masukkan adunan ke dalam beg paip.
- Paipkan adunan ke dalam dulang donut sehingga ½ cm sebelum sisi dulang.
- Bakar donut selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan untuknya menyejuk selama 5 minit sebelum mengeluarkannya dari dulang.
- Untuk membuat salutan, campurkan semua bahan bersama kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai campuran yang licin.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.














