Biskut Rendang Ayam

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 40 ketul

Bahan-bahan

¼ cawanminyak
125 gmentega
50 ggula aising
250 gtepung biasa
1 biji telur QL Omega
2 sudu besarpes rendang
1 bijiputih telur QL Omega
Serunding ayam/floss sebagai topping
Untuk Menghasilkan Pes Rendang:
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu tehpes asam jawa + 1/4 cawan air suam
2 helai daun limau purut
1 sudu besarkerisik
Gula dan garam secukup rasa
Untuk Menghasilkan Pes Rendang (Untuk Dikisar):
5 biji bawang merah kecil
1 inci lengkuas
1 inci halia
½ inci kunyit segar
2serai, bahagian putih
4 ulas bawang putih
10 tangkal cili kering, dipotong dan direndam dalam air suam untuk membuang biji

Langkah Penyediaan

  1. Kisarkan semua ramuan pes rending sehingga halus.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga selama 2 minit. Kemudian, tambahkan pes rendang kisar dan tumis hingga wangi. Tuangkan masuk jus asam jawa dan reneh sehingga ia kering sedikit.
  3. Masukkan daun limau purut, kesisik, gula dan garam. Kecilkan api dan reneh sehingg pes menjadi kering dah berwarna merah gelap. Ketepikan untuknya menyejuk.
  4. Krimkan mentega dan gula aising sehingga gebu. Kemudian, tambahkan telur QL Omega dan pes rendang. Gaul sebati. Lipatkan masuk tepung ke dalam campuran untuk membentuk adunan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Leperkan adunan sedikit dan potongkan adunan dengan pemotong biskut kepada bentuk yang dikehendaki. Hasilkan lekuk di tengah setiap biskut dengan menekan sedikit dengan ibu jari atau hujung yang bulat. Sapukan dengan putih telur.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C selama 20 minit. Ketepikan untuknya menyejuk. Letakkan serunding ayam/ floss ke atasnya sebelum menyaji.

 

Petua QL Chef:

  • Untuk memendekkan masa penyediaan, pes rendang sediaguna boleh diguna sebagai gentian.
  • Jika anda suka rasa rendang yang lebih kuat untuk biskut anda, and boleh tambahkan lagi dengan 1 sudu besar pes rendang.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author