Jem Buah Delima Dengan Mantou Wholemeal Figo

Buah delima (atau dikenali sebagai Pomegranate) bukan sahaja enak, tetapi juga amat berkhasiat….dan biasanya dianggap sebagai tanda yang baik di kalangan pelbagai budaya. Buah ini mempunyai kandungan flavonoid dan polyphenol yang tinggi, agen anti-oxidan yang baik bagi mencegah penyakit jantung dan kanser. Segelas jus buah delima mengandungi lebih anti-oxidan daripada the hijau, jus blueberi atau cranberi.

Resepi jem buah delima hari ini menggunakan seluruh buahnya, mengabungkan biji dan jusnya untuk menghasilkan jem yang lazat ini. Begitu cantik sekali dengan warna merah gelapnya dan rasanya memang enak!

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Menghasilkan: lebih kurang 450 g jem

Bahan-bahan

120 gbiji buah delima (daripada lebih kurang dua pertiga sebiji buah delima)
250 mljus buah delima segar
½ sudu besarjus lemon
175 ggula
15 gserbuk pectin (naikkan kepada 20g jika ingin jem yang lebih pekat, atau ikuti quantiti yang tertera pada arahan pek)
1 paketMantou Wholemeal Figo

Langkah Penyediaan

  1. Untuk mengeluarkan biji buah delima, belahkan buah delima di tengah dan rendamkannya di dalam semangkuk besar air yang bersih. Kupaskan kulit daripada biji dengan menggunakan jari. Buangkan kulit dan tuangkan biji benih melalui penapis untuk membuangkan airnya.
  2. Masukkan biji buah delima dan jus di dalam periuk sos bersama jus lemon.
  3. Gaulkan masuk serbuk pectin pada gula dengan sudu yang kering, dan pastikan ia sebati.
  4. Tuangkan dengan beransuran, campuran serbuk pectin dan gula ke dalam bahan cecair di dalam periuk, sambil mengacau dengan pemukul dawai untuk menggelakkan pectin dari menggumpal.
  5. Biarkan campuran mendidih atas api sederhana, dan teruskan mengacau dengan pemukul dawai.
  6. Setelah ia mendidih, biarkan ia mereneh selama 1 minit. Jem ini sepatutnya seperti gel bila setitiknya diletakkan di atas piring atau sudu yang sejuk. Matikan api.
  7. Gunakan pemukul dawai untuk menekan dengan lembit biji buah delima ke dalam jem untuk membuangkan bebuih pada permukaannya. Ia sepatutnya sedikit cair bila panas.
  8. Tuangkan jem ke dalam bekas yang telah disterilkan dan tutupkan penutupnya.
  9. Setelah jem menyejuk, simpankan di dalam peti sejuk. Jem ini akan lebih pekat lagi setelah disejukkan. Sajikan dengan Mantou Wholemeal Figo.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author