Soufflé coklat menambahkan drama kepada mana-mana jamuan. Suam dan ringan bergebu, namun kaya dengan coklat gelap dan rasanya semangnya lazat. Walaupun manisan ini nampak susah, tetapi ia sebenarnya mudah untuk disediakan.
Ujilah kemahiran anda dengan resepi Soufflé Coklat yang mudah ini. Anda akan memerlukan telur yang berkualiti untuk mendapatkan tekstur yang sempurna, dan kami mengesyorkan telur QL Omega, yang sesuai bagi penyediaan kek…dan ianya juga penuh dengan khasiat! Dapatkanlahnya dari pasaraya yang terdekat dengan anda.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 25 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
25 g | mentega tanpa garam, dilembutkan (untuk menyapu) |
---|---|
1 sudu besar | coklat gelap yang diparut halus / gula kastor (untuk mengalas ramekins) |
130 g | coklat gelap, dicincang |
100 g | krim |
1 sudu teh | tepung jagung |
1 sudu teh | tepung biasa |
150 ml | susu |
3 | kuning telur QL Omega |
3 | putih telur QL Omega |
50 g | gula kastor |
10 g | gula aising |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 190C.
- Beruskan 4 ramekins dengan mentega yang telah dilembutkan, memberus ke arah atas dari dasar hingga pinggir ramekins. Sejukkan ramekins selama 5 minit di dalam peti sejuk, dan alaskan dengan parutan coklat gelap atau gula kastor.
- Untuk krim pastri, cairkan coklat gelap dan krim di atas double boiler.
- Gabungkan tepung jagung dan tepung biasa bersama susu sehingga licin sebati. Tuangkan ke dalam periuk dan didihkan dengan perlahan. Kecilkan api dan tambahkan kuning telur QL Omega dan campuran krim coklat – gaul berterusan sehingga campuran licin sebati dan memekat. Padamkan api bila sedia.
- Pukulkan putih telur QL Omega sehingga puncak lembut diperolehi. Tambahkan gula secara beransuran, sambil memukul sehingga campuran menjadi meringue yang pekat dan berkilat.
- Tambahkan satu pertiga campuran putih telur QL omega kepada campuran krim pastri coklat dan gaul sebati. Kemudian, tambahkan baki putih telur dan gaul dengan ringan. Jangan gaul terlalu kuat untuk menggelakkan campuran menjadi terlalu keras atau kental.
- Isikan ramekins dengan campuran yang siap. Buangkan campuran yang berlebihan di atas. Hasilkan kolar dengan kertas parchment untuk meningkatkan lagi ketinggian ramekins. Bakarkan soufflés selama 15 minit dengan water bath, atau sehingga ia naik dengan sepenuhnya. Keluarkan dari ketuhar dan ayakkan dengan gula aising. Sajikan dengan serta-merta.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.