Krim Puff dengaan Kastard Jagung Manis

Hari ini, kami mempunyai resepi pencuci mulut yang lazat untuk berkongsi dengan anda sekalian. Puff yang keemasan, diisi dengan kastard jagung manis. Inilah resepi Krim Puff dengan Kastard Jagung Manis.

Antara ramuan yang diperlukan untuk menyediakan kastard, yang paling penting adalah telur. Telur QL Deli Fresh memang sesuai untuk resepi krim puff ini kerana ianya mengandungi 40% lebih kurang kolestrol berbanding dengan telur biasa, dan boleh kekal segar di dalam peti sejuk lebih lama berbanding dengan telur biasa. Combinasi teknik yang betul dan telur yang segar akan memastikan anda boleh menghasilkan kastard yang kaya dan licin setiap kali.

Biasanya, pastri Choux tidak mempunyai agen penaik untuk adunannya naik bila dibakar, tapi kami dapai bahawa dengan menambah sedikit serbuk penaik semasa mencuba kali pertama, ia membantu untuk menambah tekstur ringan gebu kepada puff.

Untuk kastard pula, anda perlulah sentiasa mengacaunya atas api yang rendah untuk mendapatkan kastard yang licin dan bebas dari gumpal. Untuk mencapainya, anda perlu menwajakan telur (process critical yang digunakan bila menambahkan telur mentah kepada campuran yang panas, tanpa memisahkannya), di mana kami akan tunjukkan langkah-langkahnya di bawah.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 40 minit
Sajian untuk: 20

Bahan-bahan

Untuk puff:
250 mlair
150 gtepung biasa, diayak
50 gmentega, dipotong kiub
2 sudu tehgula kastor, diayak dengan tepung
3 biji telur QL Deli Fresh, dipukul ringan
Secubit garam
Untuk kastard:
250 mlsusu
50 ggula
1 sudu tehtepung biasa
1 sudu tehserbuk kastard
1 bijikuning telur QL Deli Fresh
1/2 sudu tehesen vanilla
3 sudu besarjagung manis tin (jenis krim)

Langkah Penyediaan

  1. Didihkan air di dalam periuk dan cairkan mentega di dalam air panas. Biarkannya didih dan matikan api dengan serta merta.
  2. Tuangkan masuk tepung dan gula yang telah diayak, dan buka semula api (rendah sederhana) dan pukul dengan cepat, dengan menggunakan spatula/sudu kayu sehingga menjadi pes.
  3. Matikan api dan biarkan pes menyejuk selama 3 – 5 minit di dalam periuk. Selepas itu, masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul dengan sudu kayu atau pemukul adunan elektrik (lebih kurang tenaga diperlukan!)
  4. Terus menambah telur dan pukul sehingga campuran licin dan berkilat.
  5. Sudukan 1 sudu besar adunan yang sedia ke atas tin membakar yang telah dialas dengan kertas kulit, dan bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan ke 180C selama 15 – 20 minit atau sehingga perang keemasan dan kembang.
  6. Matikan api ketuhar dan biarkan puff di dalam ketuhar selama 10 minit untuk menyejukkannya dengan perlahan sebelum mengeluarkannya dari ketuhar.

KASTARD JAGUNG MANIS:

  • Sementara puff krim sedang dibakar di dalam ketuhar, sediakanlah kastard jagung manis. Masukkan susu dan gula di dalam periuk kecil. Letakkan periuk di atas api sederhana dan kacau untuk lebih kurang 5 minit sehingga gula larut sepenuhnya. Matikan api bila siap.
  • Pukul kuning telur, tepung biasa, serbuk kastard dan pati vanilla ke dalam mangkuk tahan panas yang bersaiz medium, sehingga sebati. Untuk menwajakan kuning telur, tuangkan masuk campuran susu yang panas dan pukul dengan pemukul dawai.
  • Tuang balik campuran ini ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil, dan pukul dengan konsisten selama 10 – 15 minit atau sehingga kastard memekat (berhati-hati untuk tidak mendidihkan kastard, kerana ia mungkin menggumpal atau terlerai). Tambahkan jagung manis dan kacau untuk 2 minit lagi, matikan api dan biarkan untuk sejuk.

 

MEMASANG PUFF KRIM:

Potong setiap puff secara mendatar kepada dua belah. Sudukan 1 sudu teh kastard jagung manis ke atas belah bawah puff dan tutup dengan belah atas. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam sebelum dihidangkan.

 

Petua QL Kitchen:

  • Amat penting untuk tidak membuka pintu ketuhar semasa memasak kerana udara di luar mungkin akan menyebabkan suhu di dalam ketuhar jatuh dengan terlalu cepat, dan menyebabkan puff menjadi kempis.
  • Anda juga boleh mengguna beg mengepaip untuk paipkan puff jika anda suka

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author