Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 6
Bahan-bahan
Untuk Pastri Coklat: | ||
---|---|---|
250 g | tepung roti | |
150 g | susu sejuk | |
10 g | mentega | |
1 biji | telur QL Omega | |
1 sudu teh | yis segera kering | |
1 sudu besar | gula | |
1 sudu teh | garam | |
125 g | mentega | |
10 g | serbuk koko | |
8 ketul | coklat | |
Untuk Ganache Coklat: | ||
100 g | coklat gelap | |
150 g | krim | |
2 sudu teh | gula | |
Untuk Topping: | ||
15 g | serbuk koko |
Langkah Penyediaan
- Masukkan semua ramuan pastri ke dalam mesin pemukul. Pukul sebati sehingga adunan mempunyai tekstur yang kenyal.
- Balutkan adunan dengan cling wrap dan biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Gulingkan mentega kepada segi empat yang besar di atas kertas parchment. Setelah siap, masukkannya ke dalam peti sejuk untuk mengelakkannya daripada cair.
- Tepungkan permukaan meja counter top sebelum menggulingkan adunan kepada bentuk segi empat tidak sama. Letakkan mentega yang berbentuk segi empat ke atas adunan dan lipatkan sisi adunan.
- Gulingkan adunan ke bentuk segi empat tidak sama dan beruskan tepung berlebihan dari permukaan adunan sebelum melipat.
- Balutkan adunan dengan cling wrap dan biarkannya di dalam peti sejuk selama sejam lagi.
- Ulangi langkah 5 & 6.
- Keluarkan adunan dari peti sejuk dan gulungkannya kepada segi empat dengan ketebalan 3mm. Potong dan kemaskan pinggir adunan dan bahagikan adunan kepada 5 – 6 ketul.
- Letakkan sekeping coklat di atas adunan dan lipat hingga habis. Ulangi dengan baki adunan.
- Setelah siap, biarkan adunan rehat sebentar atas dulang membakar yang telah dialas dengan kertas parchment.
- Kemudian, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170˚C selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk.
- Untuk ganache coklat, panaskan krim di dalam ketuhar gelombang, kemudian masukkan coklat gelap dan gula. Kacau sehingga sebati. Ketepikan dan biarkannya menyejuk.
- Setelah ia menyejuk, celupkan bahagian atas pastri dengan ganache coklat dan taburkan serbuk koko ke atasnya sebelum menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.