Resepi cupcake red velvet dari QL Kitchen menggunakan pewarna semulajadi dari ubi bit (beetroot), jadi anda boleh menikmatinya dengan hati yang lapang. Tambahan pula, ubi bit ini penuh dengan nutrien seperti besi, kalsium, vitamin A dan C, asid folik, serat, manggan dan potassium. Kami menggunakan puri ubi bit (bukan sahaja jus perahannya) untuk menghasilkan cupcake yang lembap, berserat tinggi, berkhasiat, lazat dan berwana merah semulajadi ini. Walaupun warnanya tidak seterang berbanding versi komersial, tetapi ianya mengandungi nutrien yang tinggi!
Manfaat untuk jantung bukan saja dari ubi bit. Cupcake ini menggunakan minyak sayuran yang rendah kolesterol dan telur QL Deli Fresh, yang mengandungi 40% lebih rendah kolesterolnya berbanding dengan telur biasa.
Jika anda suka, anda boleh menambahkan gula frosting ke atas cupcake ini dan menghiasinya dengan serpihan sprinkle gula. Kami juga memasukkan resepi frosting krim cheese bersama resepi red velvet cupcake ini, tetapi anda boleh mengecualikannya jika anda prihatin terhadap tahap kemanisan dan kolesterol. Rasanya sama sedap sahaja bila dihidangkan sendiri.
Bahan-bahan
1 biji | ubi bit besar (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil, untuk mendapatkan lebih kurang 200 g ubi bit) | |
---|---|---|
3 sudu besar | jus perahan lemon yang segar | |
150 g | gula perang atau gula kastor | |
170 g (atau 1 cawan) | minyak sayuran yang tak berbau (seperti bunga matahari, kacang soy atau jagung) | |
3 biji | telur QL Deli Fresh | |
240 g | tepung biasa | |
1 sudu besar | serbuk koko | |
2 sudu teh | serbuk penaik | |
ΒΌ sudu teh | garam | |
1 sudu teh | esen vanila | |
2 sudu besar | susu | |
Frosting krim cheese (terpulang): | ||
120 g | krim cheese (dilembutkan pada tahap suhu bilik) | |
60 g | mentega (dilembutkan pada tahap suhu bilik) | |
180 g | gula icing | |
1 sudu teh | esen vanila |
Langkah Penyediaan
- Kukuskan kiub-kiub ubi bit atas api sederhana selama 40-50 minit sehingga ia lembut bila dicucuk dengan garpu. Keluarkan dari pengukus dan biarkan menyejuk. Anda juga boleh menyediakan ubi bit dengan membungkuskannya dalam keranjang aluminium dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 180 C selama sejam, kemudian keluarkan dari ketuhar dan biarkan menyejuk.
- Masukkan kuib ubi bit (jangan buangkan air bit yang terhasil dari mengukus atau membakar tadi, tuangkan masuk bersama), jus lemon, dan 2 β 3 sudu besar air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi puri. Jumlah air yang ditambah haruslah cukup-cukup saja untuk mengelakkan campuran yang terlalu cair. Biarkan seketika setelah habis mengisar.
- Panaskan ketuhar kepada 180 C.
- Alaskan tin cupcake/muffin dengan cawan kertas cupcake/muffin atau susunkan cawan kertas tersebut atas dulang tin.
- Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
- Pukulkan minyak sayuran dengan gula sehingga sebati. Kemudian, tambahkan masuk telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Teruskan memukul sehingga licin sebati.
- Tambahkan masuk campuran tepung dan puri ubi bit bergiliran dan gaul sebati. Masukkan susu untuk melonggarkan tekstur campuran.
- Sendukkan campuran yang sedia ke dalam cawan kertas cupcake/muffin sehingga 2/3 penuh dan bakar selama 25 β 30 minit sehingga batang lidi keluar bersih bila cupcake dicucuknya.
- Biarkan menyejuk dan paipkan frosting krim cheese ke atas cupcake dan hiaskan dengan serpihan sprinkle gula jika suka.
- Untuk menyediakan frosting krim cheese, pukulkan krim cheese dan mentega dengan pemukul elektrik dalam mangkuk yang besar. Pukul masuk gula icing sedikit demi sedikit sehingga licin dan berkrim (gunakan kelajuan yang rendah). Kemudian, pukul masuk esen vanila dan gaul sebati. Masukkan ke dalam beg mengepaip dengan muncung bentuk bulat atau bintang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 40 β 60 minit jika anda lebih suka frosting yang lebih kental.
Petua QL Kitchen:
- Anda boleh menggantikan minyak sayuran dengan mentega (dilembutkan pada tahap suhu bilik) jika anda menggemari rasa/aromanya.
- Cupcake ini boleh disimpan di dalam bekas kedap udara selama 3 hari, atau di dalam peti sejuk selama 5 hari. Akan tetapi, lebih baik jika dimakan dalam masa 3 hingga 4 hari bila ia masih lembap.
- Telur QL Omega boleh menggantikan telur QL Deli Fresh, di mana ianya diperkayakan dengan Omega-3 dan mengandungi 50% lebih rendah kolesterol berbanding telur biasa di pasaran.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.