Cupcake Labu dan Lobak Merah Halloween

Masa penyediaan: 25 minit
Masa memasak: 1 jam
Menghasilkan: 8

Bahan-bahan

Cupcake Labu dan Lobak Merah (A):
125 gtepung naik sendiri
¼ sudu tehserbuk penaik
¼ sudu tehkayu manis
⅛ sudu tehserbuk halia
⅛ sudu tehserbuk pala
Cupcake Labu dan Lobak Merah (B):
90 gminyak sayuran
45 ggula pasir
40 ggula perang
Cupcake Labu dan Lobak Merah (C):
1½ bijitelur QL Omega
Cupcake Labu dan Lobak Merah (D):
50 gpuree labu
70 globak merah, diparut
1 bijioren kecil, parutan kulit sahaja
Frosting Krim Cheese:
40 gmentega tanpa garam, dilembutkan
70 gkrim cheese, dilembutkan
45 ggula aising, diayak
⅛ sudu tehesen vanila
Beberapa titik gel pewarna oren
Topi Ahli Sihir Fondant:
Fondant biasa (putih)
Gel pewarna hitam
Gel pewarna oren

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 170°C.
  2. Untuk menyediakan puree labu, potongkan labu kepada ketulan kecil. Bakarkan dalam ketuhar yang dipanaskan selama 30-40 minit atau sehingga sudah empuk. Kisarkan labu dalam mesin pengisar makanan sehingga puree diperolehi.
  3. Ayakkan bahan-bahan (A) dalam satu mangkuk dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk yang lain, pukulkan bahan-bahan (B). Kemudian tambahkan bahan (C) dan pukulkan sehingga pekat dan berkrim.
  5. Tambahkan masuk bahan-bahan (D) dan gaul sehingga sebati. Tambahkan (A) dan gaul sehingga sebati.
  6. Sudukan adunan ke dalam cawan cupcake hingga kira-kira ¾ penuh.
  7. Bakar untuk 30-40 minit atau sehingga masak.
  8. Untuk menyediakan topi ahli sihir fondant, gaulkan pewarna hitam dengan fondant biasa.
  9. Campurkan pewarana oren dengan sedikit fontant biasa.
  10. Bentukkan kedua-dua fondant menjadi topi ahli sihir.
  11. Untuk menyediakan frosting, pukulkan semua bahan bersama kecuali pewarna oren. Tambahkan pewarna oren dan gaul sehingga sebati.
  12. Apabila cupcakes sudah sejuk, hiaskan dengan frosting krim cheese dan topi ahli sihir fondant.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author