Sandwich Telur Mayo

Nikmatilah snek yang pantas dengan resepi Sandwich Telur Mayo yang klasik ini!

Mulakanlah hari (dan daya metabolisme) anda dengan resepi Sandwich Telur Mayo yang berkhasiat ini. Dalam versi ini, telur masak dicampur dengan Mayonis Homemade Mudah QL, menghasilkan inti telur mayo yang bukan sahaja berkrim teksturnya, malah kaya dengan rasa. Sandwich telur mayo dengan roti beraneka bijirin yang tinggi seratnya, penuh dengan kebaikan untuk mengekalkan tenaga anda hingga tengahari!

Kami menggunakan telur QL Omega yang berkhasiat, tinggi kandungan protein berkualitinya, dan diperkayakan dengan Omega-3, yang membantu untuk merendahkan kolesterol dan juga pelbagai lagi manfaat bagi kesihatan kita. Bila digunakan untuk resepi Sandwich Telur Mayo anda, ia memberi kebaikan tambahan untuk anda sepanjang hari!

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 12 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

3 bijitelur QL Omega masak (direbus dan dipotong kiub kecil)
4 bijitomato ceri, dihiris nipis
4 helaidaun salad coral
3 sudu besarmayonis (dari Resepi Mayonis Homemade Mudah QL)
4 kepingroti aneka bijirin
1 sudu besarmentega bergaram atau majerin
Secubit garam
Secubit lada

Langkah Penyediaan

  1. Untuk memasak telur rebus yang sempurna, masukkan telur QL Omega ke dalam seperiuk air (secukupnya air untuk meliputi telur). Didihkan selama 2 minit, tutupkan api dan tutupkan penutup periuk. Biarkan selama 10 minit. Sejukkan telur di dalam semangkuk air dan kupaskat kulit telur setelah ianya telah menyejuk.
  2. Dalam sebuah mangkuk, gaulkan bersama telur yang dipotong, mayonis, garam dan lada.
  3. Sapukan mentega kepada sebelah roti. Aturkan hirisan tomato, daun salad dan campuran telur mayonis. Kemudian, tutupkan sandwich dengan sehelai lagi roti di atasnya. Potong secara serong jika suka, sebelum disaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author