Kek buah tradisional diperbuat dengan buah-buahan kering campuran, kekacang dan rempah campuran. Kek buah klasik versi QL Kitchen ini menggabungkan jus oren segar dengan kekacang dan buah-buahan kering, yang direndam semalaman di dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakan mana-mana buah-buahan atau kekacang kegemaran anda, tetapi pilihan kegemaran kami termasuklah aprikot, cranberi, sultana, kismis, ceri ‘glazed’ untuk warna merah dan hijau yang menarik, badam dan walnut. Hasilnya kek yang kaya dengan rasa mentega dan berperisa oren, dengan campuran kekacang dan buah-buahan kering yang beraroma sitrus manis berempah.
Tambahan lagi, kek ini diperbuat dengan telur QL Omega atau QL Deli Fresh. Dengan itu, anda boleh menikmati kek ini dengan kandungan kolestrol yang lebih rendah.
Kami mengesyorkan frosting buttercream limau yang menyegarkan untuk resepi kek buah ini, yang amat sesuai dijamu dengan jenis kek ini. Anda cuma perlu rendamkan buah-buahan kering dan kekacang dalam jus oren satu hari terdahulu, dan sejam lagi untuk membakar kek ini pada hari kemudian. Jadi, jika anda tak pernah menyediakan kek buah klasik ini, cubalah resepi kek buah QL kami….anda tentu akan menyukainya.
Bahan-bahan
Untuk direndam selama 12 – 24 jam: | ||
---|---|---|
180 g | buah-buahan kering pilihan anda (seperti aprikot, cranberi, ceri ‘glazed’ merah dan hijau, kurma, prune, kismis, sultana) | |
70 g | kekacang campuran (seperti badam, walnut, hazel atau gajus) | |
Jus dan zest 2 biji oren | ||
Untuk campuran kek: | ||
120 g | mentega, dilembutkan pada tahap suhu bilik | |
130 g | gula perang lembut | |
2 biji | telur QL Deli Fresh atau QL Omega eggs | |
200 g | tepung serbaguna | |
1 ½ sudu teh | serbuk penaik | |
½ sudu teh | garam | |
½ sudu teh | serbuk pala | |
½ sudu teh | serbuk kayu manis | |
Frosting buttercream limau (terpulang): | ||
60 g | mentega, dilembutkan pada tahap suhu bilik | |
1 sudu teh | zest limau | |
½ sudu teh | esen vanila | |
Secubit garam | ||
230 g | gula icing | |
2 sudu besar | jus limau segar | |
2 sudu teh | susu |
Langkah Penyediaan
- Sehari sebelum penyediaan kek, potongkan semua buah-buahan kering (kecuali sultana dan kismis) dan kekacang. Campurkan masuk zest oren. Masukkan campuran ke dalam bekas gelas atau mangkuk bersaiz sederhana dan tuangkan masuk jus oren. Tutupkan penutupnya (atau tutup dengan lapisan cling wrap) dan biarkan merendam selama 12 – 24 jam dalam peti sejuk. Anda boleh menambah sedikit lagi jus oren untuk memastikan semua buah-buahan kering dan kekacang disalut sepenuhnya.
- Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan tin kek bersaiz 8 inci dengan kertas parchement atau kertas kek, atau salutkan tin kek non stick dengan mentega.
- Ayakkan tepung dengan serbuk penaik, garam, serbuk pala dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
- Pukulkan mentega dengan gula perang sehingga berkrim. Pukulkan masuk telur sebiji demi sebiji sehingga sebati.
- Tambahkan campuran tepung kepada campuran basah, dan gaulkan secara perlahan dengan sudu spatula atau sudu besi besar sehingga sebati.
- Gaulkan masuk buah-buahan dan kekacang yang telah direndam secukup-cukupnya hingga sebati sahaja. Jangan gaulkan dengan melampau.
- Tuangkan campuran kek ke dalam tin kek dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga batang lidi keluar licin bersih bila dicucuk. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan menyejuk sepenuhnya, Simpankan kek dalam bekas kedap udara. Ia boleh tahan selama 3 – 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
- Lebih kurang sejam sebelum dihidangkan, tuangkan atau beruskan 1 – 2 sudu besar jus oren segar ke atas permukaan kek dan biarkan pada tahap suhu bilik selama 30 – 40 minit. Sapukan permukaan kek dengan frosting kegemaran anda (atau frosting buttercream limau kami) sebelum dihidangkan.
- Untuk menyediakan frosting buttercream limau, pukulkan mentega, zest limau, esen vanila dan garam dengan menggunakan pemukul elektrik sehingga berkrim. Pukulkan masuk gula icing dan jus limau secara bergiliran, sehingga ia sebati berkrim. Pukulkan masuk susu jika perlu melonggarkan tekstur frosting.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.