Biskut Ros

Biskut yang cantik ini buka saja elok dipandang, malah rasanya enak sekali. Pastikan anda menyediakan lebih kerana ia semestinya cepat habis.

Pastikan anda menggunakan telur QL Deli Fresh bagi kebaikan khasiat dan rasa tambahan!

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 30 keping

Bahan-bahan

230 gmentega
50 ggula aising
1 biji telur QL Deli Fresh
30 gserbuk kustard
30 gtepung jagung
220 gtepung biasa
2 gserbuk penaik
½ sudu tehesen vanila
beberapa titik pewarna merah
Inti Buttercream:
250 gmentega
500 ggula aising

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan bersama mentega dan gula aising untuk selama 45 saat.
  2. Pukulkan bersama ramuan yang lain dan biarkan adunan rehat selama 5 minit.
  3. Masukkan adunan biskut ke dalam beg piping dengan muncung berbentuk bintang dan hasilkan bentuk ros ke atas tin kek yang telah dialas.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160C, selama 15 – 20 minit.
  5. Biarkan biskut menyejuk di atas rak dawai.
  6. Sandwickan biskut dengan selapis buttercream di tengahnya.
  7. Untuk menyediakan inti buttercream, pukulkan mentega dengan ringan dan tambahkan gula aising. Dengan perlahan, tambahkan baki gula aising secara beransuran sehingga kepekatan yang diingini dicapai.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author