Bread Pudding Ham & Keju

Masa penyediaan: 20 minit + disejukkan semalaman
Masa memasak: 45 minit – 1 jam
Menghasilkan: satu bread pudding 8-inci

Bahan-bahan

1 bukuroti baguette (lebih kurang 200g), dipotong kiub 1-inci
150 gham ayam, dihiris dadu 1cm
100 gbayam muda (baby spinach)
1 bijilada bengala merah, dibuang biji, dipotong dadu 1.5cm
20 gdaun kucai segar, dihiris nipis
7 bijitelur QL Omega
1½ cawansusu penuh
½ cawansour cream
2 sudu tehEnglish mustard
70 gkeju cheddar, diparut
70 gkeju parmesan, diparut
½ sudu tehgaram
½ sudu tehlada hitam
1 sudu besarminyak zaitun
Hiasan:
2 sudu besarkeju parmesan
2 sudu besarkeju cheddar
10 gparsli, untuk hiasan (terpulang)

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali atas api sederhana, dan tumiskan bayam sehingga layu. Perisakan dengan secubit garam dan lada hitam, dan masak sehingga semua cecair berlebihan telah kering. Alihkan dari kuali dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang sama, tumiskan lada selama 3 – 5 minit dengan secubit garam dan lada hitam. Tutupkan api dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk yang besar, pukulkan telur, susu, sour cream, garam dan lada sehingga sebati. Kemudian, tambahkan daun kucai, keju Parmesan dan cheddar dan gaul hingga sebati.
  4. Tuangkan campuran telur atas kiub roti baguette dan gaul sebati. Kemudian gaulkan masuk bayam, lada merah dan hirisan ham sehingga sebati. Sejukkan campuran di dalam peti sejuk semalaman, atau sekurang-kurangnya 1 jam sehingga campuran telur meresap ke dalam roti.
  5. Panaskan ketuhar kepada 170°C, sapukan mentega pada tin kek / spring form sebesar 8-inci dan alaskan dengan kertas parchment.
  6. Masukkan campuran roti ke dalam tin kek, tekan untuk memampatkan campuran bread pudding sedikit dan taburkan baki keju ke atasnya. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, atau sehingga bread pudding telah naik, permukaannya perang keemasan dan batang lidi keluar licin bersih bila menebuk tengahnya. Jika batang lidi masih basah bila menebuk, teruskan membakar untuk 3 – 5 minit tambahan sehingga ia masak sepenuhnya. Tutupkan bahagian atas dengan aluminium foil jika perlu untuk mengelakkan permukaannya dari hangus.
  7. Sejukkan di atas rak dawai sebelum memotong. Taburkan dengan parsli jika suka.

 

Petua QL Chef:

  • Campuran bread pudding boleh disediakan 1 hari terdahulu, ditutup dan disejukkan. Tambahkan 10 – 15 minit masa memasak jika bread pudding sejuk semasa dimasukkan ke dalam ketuhar.
  • Tambahkan cendawan atau leek untuk menyedapkan lagi resepi bread pudding ini!

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author