Popiah Telur Nyoya QL

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: 12 - 14 popiah

Bahan-bahan

Untuk kulit popiah telur
200 gtepung, diayak
5telur QL Omega
350 mlair
2 sudu besarminyak
secubit garam
Untuk inti
500 gsengkuang, dipotong panjang dan halus
300 gudang kering cincang
Segenggam sotong kering, dicabik
5 ulasbawang putih, dicincang halus
1 sudu besarminyak
1 sudu tehminyak bijan
1 sudu besarkicap pekat
1 sudu tehkicap cair
400 mlair
gula, garam dan lada putih secukup rasa
Ramuan sampingan
2 ketultofu tegar (digoreng dan dihiris nipis)
1 batangtimun Jepun, diparut
1 batanglobak merah, diparut
kacang tanah panggang, ditumbuk kasar
bawang goreng rangup
coral lettuce
sos hoisin manis

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan kulit popiah telur, pukulkan telur QL Omega di dalam mangkuk yang besar dan tambahkan tepung dan garam secara beransuran. Gaul sebati.
  2. Tambahkan air dan minyak, gaul untuk menghasilkan campuran yang ringan gebu.
  3. Panaskan kuali non stick atas api yang rendah dan sapukan sedikit minyak pada kuali. Alihkan kuali dari api dan tuangkan sesenduk campuran (⅓ cawan) ke dalamnya. Gerakkan kuali untuk menyebarkan adunan supaya menghasilkan lapisan yang nipis.
  4. Masak selama 2-3 minit atas api yang rendah sehingga kulit popiah telur masak dan sisinya mula bergulung dari tepinya.
  5. Alihkan kulit popiah telur dari kuali ke pinggan.Ulangi proses ini dengan baki campuran sehingga ia habis diguna.
  6. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, sotong kering dan udang kering hingga wangi. Tambahkan sengkuang dan tumis hingga ia melembut sedikit.
  7. Masukkan kicap cair, kicap pekat, minyak bijan dan gaul sebati. Kemudian, tambahkan sedikit air secara beransuran dan biarkannya masak selama ½ jam. Perisakan dengan gula, garam dan lada putih. Masak sehingga sengkuang lembut dan biarkannya menyejuk.
  8. Untuk menyediakan popiah, letakkan kulit atas permukaan yang bersih.. Sapukan sedikit sos hoisin ke atasnya dengan menggunakan sebelah belakang sudu. Letakkan lettuce, sengkuang masak, tofu, kacang, timun, lobak merah dan bawang goreng.
  9. Gulungkan dan potong ketul. Sajikan panas dengan sambal Nyonya.

Petua Chef :
Sengkuang boleh digantikan dengan lobak putih atau pucuk rebung.

About the author