Eggs Benedict

Eggs Benedict adalah salah satu hidangan kegemaran di kafe. Oleh itu, cubalah dan nikmatilah resepi Eggs Benedict QL Kitchen yang lazat ini.

Apakah yang Eggs Benedict mengandungi? Ianya kombinasi enak dengan telur rebus dengan kuning telur cair, kepingan daging salai lembu, serta sos hollandaise yang berkrim dan menyelerakan di atas muffin English yang panas. Hidangan ini memang sempurna untuk sarapan mahupun brunch.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

4 bijitelur QL Omega
4 kepingdaging salai lembu
3 sudu besarcuka putih
2muffin English
10 gdaun kucai, dicincang halus (terpulang)
Sos Hollandaise:
3 bijikuning telur QL Omega
200 gmentega tanpa garam, dicairkan
1 sudu besarjus lemon
Garam dan lada secukup rasa

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan sos hollandaise, cairkan mentega di dalam periuk kecil atau dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan kuning telur dan jus lemon di dalam mangkuk tahan panas di atas air yang mereneh dan pukulkan dengan ringan sambil menuangkan masuk mentega cair dengan perlahan. Masak sehingga campuran memekat dan perisakan dengan garam dan lada. Tutupkan api dan biarkannya suam di atas air panas, dan kacau dari semasa ke semasa. Cairkan sos dengan beberapa titik air jika perlu.
  2. Untuk menyediakan telur rebus poached, pecahkan masuk telur QL Omega ke dalam mangkuk yang kecil.
  3. Dalam periuk kecil, didihkan 2 liter air. Pada masa yang sama, gorengkan kepingan daging salai lembu di dalam kuali.
  4. Tambahkan cuka ke dalam air yang medidih, rendahkan api dan biarkan air mereneh. Kemudian kacaukan air dalam untuk membentukan aliran pusaran dan tuangkan masuk telur. Ia akan memejal dan set dengan bentuk bulat yang kemas.
  5. Masak selama 2-3 minit. Kemudian keluarkannya dan letakkannya atas kertas kitchen towel. Ulangi untuk baki telur.
  6. Belahkan muffin, toastkannya dan sapukan sedikit sos hollandaise ke setiap muffin.
  7. Letakkan kepingan daging salai lembu ke atas setiap muffin serta telur di atasnya. Sudukan sos hollandaise di atas dan taburkan dengan daun kucai. Sajikan dengan serta merta.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author