Crab Stick Rangup Perisa Kari

Crab stick rangup perisa kari ini sedap sampai menjilat jari.

Snek berempah ini sesuai bagi mereka yang mengemari rasa tempatan dan sempurna bagi jamuan-jamuan.

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 8 minit
Menghasilkan: 1 bekas

Bahan-bahan

600 gFried Crab Stick MUSHROOM, dinyahbeku (10 ketul)
220 gmarjerin, dicairkan
2 ulasbawang putih, dicincang halus
6 helaidaun kari, untuk ditumis dengan marjerin cair
2 helaidaun kari, dicincang halus
15 gudang kering, dicincang dan ditumis
2 sudu besarserbuk kari
15 gserbuk jintan manis
15 gserbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Langkah Penyediaan

  1. Potongkan crab stick kepada ketulan sepanjang 2cm. Bukakannya dan hiris dengan nipis dan sama rata. Biarkan di tepi seketika.
  2. Cairkan marjerin dan tumiskan daun kari dan bawang putih di dalam marjerin cair sehingga wangi. Kemudian tambahkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan garam. Teruskan tumis selama seminit lagi.
  3. Gaulkan masuk Fried Crab Stick MUSHROOM, dan lambung untuk menyelaputinya.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali, dan gorengkan crab stick kari atas api sederhana sehingga ianya perang keemasan. Setelah siap, biarkannya menyejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author