Spageti Bolognese adalah pasta yang paling popular dan mudah didapati di Malaysia (tak hairan langsung kerana biasanya kita bermula dengan spageti Bolognese). Ianya popular kerana ia adalah hidangan yang enak dan menyenyangkan, yang biasanya dimasak dengan sos berasas tomato dan daging kisar (daging lembu, kambing atau ayam). Hari ini, kita ubah sedikit resepi pasta yang popular ini, menggantikan daging kisar dengan Bebola Ayam QL Figo dan menggunakan pasta bentuk pusar sebagai pengganti spageti. Hasilnya, pasta Bolognese dengan bebola ayam!
Anda boleh pilih untuk membuat sos sendiri, ataupun jika masa tidak mengizinkan, anda boleh menggunakan sos tomato pasta tersedia yang boleh dibeli. Senang sahaja untuk membuat sos sendiri (tambahan pula, ia juga lebih berkhasiat dan rasanya lebih sedap!) dan it akan memberi anda rasa yang pekat dan enak, berserta dengan haruman herba kering ala Itali, semacam dengan yang dimasak di tetangga di Roma.
Bebola Ayam QL Figo telah dimasak terlebih dahulu dan dibekukan dengan teknologi terkini IQF (Individually Quick Frozen) untuk memelihara nutrisi dan rasa semulajadi bebola daging. Pendek kata, rasanya enak dan ia tidak perlu dinyahbekukannya sebelum memasak. Anda cuma perlu keluarkannya dari peti beku dan masakkan terus dengan sos. Ini akan membuat hidangan ini lebih mudah disediakan. Pasta Bolognese ini sedia untuk makan dalam masa kurang daripada 30 minit! Hidangkan bersama salad dan taburkan cebisan keju parmesan di atasnya. Perhatian, hidangan ini sungguh lazat hingga anda mengidam-idamkannya.
Bahan-bahan
300 g | pasta berbentuk pusar |
---|---|
2 sudu besar | minyak zaitun (lebih elok jika Extra Virgin) |
4 ulas | bawang putih, dicincang |
1/2 biji | bawang merah (bersaiz sederhana), dipotong dadu |
1 paket | Bebola Ayam QL Figo (500 g) |
1 tin | tomato cincang |
1 tin | pes tomato (kecil, lebih kurang 100g) |
2 sudu teh | gula |
1/4 sudu teh | campuran herba kering Itali |
Lada hitam kisar dan garam secukup rasa | |
Parutan halus keju parmesan | |
Daun parsli atau thyme segar untuk perhiasan |
Langkah Penyediaan
- Didih and masakkan pasta mengikut langkah-langkah di atas pek. Bahagikan kepada 5 piring yang dalam.
- Panaskan minyak zaitun di dalam periuk sos besar dan tumis bawang putih serta bawang merah selama 2 minit, sehingga wangi.
- Masukkan tomato cincang, pes tomato dan herba, diikuti dengan Bebola Ayam QL Figo dan kacau seketika. Biarkan mereneh atas api kecil selama 10 minit sehingga sos memekat.
- Tambahkan lada hitam kisar dan garam secukup rasa.
- Sendukkan sos dan bebola ayam ke atas pasta, hiaskan dengan daun parsli dan taburkan cebisan keju parmesan sebelum dihidangkan, jikalau suka.
Petua QL Kitchen:
- Anda boleh menggunakan Bebola Daging Lembu QL FIGO untuk menggantikan Bebola Ayam
- Taburkan sedikit emping cili dalam sos jika anda menggemari rasa pedas.
- Anda juga boleh cuba menggunakan pasta lain seperti spaghetti, linguine, atau penne.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.