Spaghetti Marinara

Spaghetti Marinara adalah resepi pasta yang menyelerakan, mudah dan pantas untuk disediakan di rumah. Sosnya biasanya mengandungi tomato, bawang merah, bawang putih, minyak zaitun dan diperisa dengan herba-herba seperti daun bay, thyme atau oregano. Tambahan itu, hidangan ini penuh dengan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, kekapis, kupang dan kerang. Terdapat banyak variasi pasta yang popular ini dari serantau dunia, diubahsuai mengikut budaya dan ramuan tempatan.

Resepi Spaghetti Marinara kami hanya memerlukan beberapa ramuan. Satu ramuan yang penting dalah QQ Fish Filament MUSHROOM kami yang baru dilancar di pasaran, di mana ia mempunyai tekstur yang serasi dengan kekapis. Ia sedap sekali bila dimasak bersama sos dan pasta. Anda boleh masukkan sekali makanan laut kegemaran anda yang lain seperti udang, sotong, kupang, kerang dan malah udang galah.

Kami lebih gemar menggunakan tomato potong dalam tin untuk menyediakan sosnya, tetapi anda boleh menggunakan tomato yang dikupas kulit dalam tin jika anda suka. Beberapa sudu the puree/pes tomato ditambah untuk meningkatkan rasa tomatonya.

Kami menggunakan spaghetti tetapi anda bebas untuk menggunakan jenis pasta yang lain seperti linguine, fettuccine dan tagliatelle. Tak kira jenis pasta atau makanan laut yang menjadi pilihan anda, keluarga anda tentu kagum dengan hidangan yang lazat dan mempersonakan ini!

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

300 gspaghetti kering
2 sudu besarminyak zaitun extra-virgin
1 bijibawang merah bersaiz sederhana, dicincang halus
4 ulasbawang putih, dicincang kasar
1 tin (400g) tomato potong
2 sudu besarpuree tomato
4 helaidaun bay kering (ataupun ¼ sudu teh oregano atau thyme kering)
150 mlair
Lada hitam segar
Garam dan gula secukup rasa
12 - 15 ketulQQ Fish Filament MUSHROOM
200 gudang (dibuang kulit dan dibersihkan
300 gkupang, dibersihkan
Parsli Itali/leper, dicincang
Keju Parmesan parut (untuk ditabur)

Langkah Penyediaan

  1. Masak spaghetti dengan air mendidih dalam periuk yang besar dengan ¼ sudu teh garam sehingga tekstur yang dihendaki diperolehi. Buangkan air dan gaulkan pasta dengan 1 sudu besar minyak zaitun untuk mengelakkannya dari melekat.
  2. Sementara spaghetti sedang dimasak, sediakan sos marinara.
  3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali yang besar dan tumiskan bawang merah dan putih selama 2 minit, sehingga ianya harum.
  4. Tambahkan tomato potong, puree/pes tomato, herba dan air. Biarkan reneh atas api kecil selama 15 – 20 minit sehingga sos memekat. Kacaukan sos dari masa ke semasa untuk mengelakkan bahagian bawahnya dari terbakar atau melekat.
  5. Tambahkan QQ Fish Filament MUSHROOM dan makanan laut kepada sos tomato, dan masak selama 4 – 5 minit lagi atas api sederhana dengan penutup kuali ditutup, atau sehingga makanan laut masak. Tambahkan perisa dengan lada sulah segar, garam dan gula (untuk sos tomato yang kurang masam)
  6. Gaulkan masuk parsli cincang (jika guna) dan gaulkan sos dengan spaghetti. Hidangkan atas piring dan taburkan keju parmesan parut ke atasnya. Hiaskan dengan baki parsli cincang dan hidangkan dengan serta-merta.

Petua QL Kitchen:

  • Taburkan emping cili ke atas pasta sebelum dihidangkan jika anda lebih suka versi yang pedas.
  • Anda juga boleh menggunakan jenis pasta yang lain seperti linguine, fettuccine, tagliatelle atau penne.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author