Sos Hollandaise dengan Salad Telur

Tiba masalah untuk mencuba sos yang bergaya lagi klasik tetapi mudah ini; Sos Hollandaise. Nikmatikah sos yang licin berkrim serka kaya dengan rasa mentega dari emulsi kuning telur dan mentega cair, yang biasanya diperisa dengan jus lemon untuk rasa yang menyelerakan, garam dan lada putih atau cayenne.

Sos Hollandaise ini sesuai dihidangkan dengan Eggs Benedict, sayur-sayuran (seperti asparagus kukus) dan ikan. Ia sesuai untuk pelbagai hidangan lain dan rasanya enak sekali.

Terdapat pelbagai kombinasi ramuan dan teknik untuk kebanyakan resepi sos Hollandaise, tetapi TIGA ramuan asas ini sentiasa ada: kuning telur, mentega dan jus lemon. Kemudian, anda boleh tambahkan perisa dengan garam, lada putih atau cayenne. Ada juga cef-cef yang menambahkan serbuk pala atau paprika.

Terdapat pelbagai kombinasi ramuan dan teknik untuk kebanyakan resepi sos Hollandaise, tetapi TIGA ramuan asas ini sentiasa ada: kuning telur, mentega dan jus lemon. Kemudian, anda boleh tambahkan perisa dengan garam, lada putih atau cayenne. Ada juga cef-cef yang menambahkan serbuk pala atau paprika.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan 1 cawan sos Hollandaise, sajian salad untuk 4 orang

Bahan-bahan

Sos Hollandaise (A)
4 bijikuning telur QL Omega
2 sudu besarjus perahan lemon segar
100 gmentega
Secubit garam (atau secukup rasa)
Sedikit lada cayenne atau putih
Salad sayuran telur (B)
4 bijiQL Omega (pada suhu bilik)
1 batangtimun biasa atau Jepun, dibuang biji dan dipotong kiub 1 cm
1 bijilada Bengala merah, dipotong kuib 1 cm
1 bijilada Bengala kuning, dipotong kuib 1 cm
1 cawanjagung kecil, dikukus atau direbus selama 3 – 4 minit

Langkah Penyediaan

  1. Cairkan 100 g mentega dalam periuk sos atas api yang rendah. Matikan api sejurus selepas setengah mentega telah cair. Baki kehangatan dari periuk akan terus mencairkan baki mentega. Biarkan seketika
  2. Pukulkan 4 biji kuning telur dan 2 sudu besar jus perahan lemon segar (anda juga boleh mengurangkan kepada 1 sudu besar sahaja jika lebih suka) dengan pemukul dawai di dalam mangkuk double boiler atau di dalam mangkuk yang diletak atas periuk dengan air mendidih pada api yang paling rendah. Pastikan dasar mangkuk atau double boiler tidak menyentuh air yang mendidih untuk mengelakkan telur dari menggumpal.
  3. Teruskan memukul sehingga campuran menjadi pucat dan berkrim.
  4. Tuangkan masuk mentega cair dengan perlahan sambil memukul sehingga campuran pucat dan pekat.
  5. Alihkan dari kehangatan, pukulkan masuk secubit garam (atau secukup rasa) dan sedikit lada cayenne (atau lada putih).
  6. Tutupkannya dan biarkannya (boleh juga simpan di dalam mangkuk yang digunakan tadi semasa penyediaan) sehingga sedia untuk disajikan.
  7. Isikan periuk kecil dengan air sehingga dua pertiga penuh. Setelah air mendidih, masukkan telur dengan cermat. Pastikan air menyelambungi telur dengan sepenuhnya.
  8. Pasangkan timer selama 7 minit setelah anda memasukkan keempat-empat biji telur. Setelah timer membunyi, keluarkan telur dengan senduk berlubang dan masukkannya ke dalam mangkuk yang berisi air berais. Biarkan selama 5 – 6 minit.
  9. Dalam mangkuk salad, campurkan semua sayuran dan bahagikan ke atas 4 piring.
  10. Kupaskan kulit telur dan belahkan telur di tengah (kuning telurnya akan masih separa cair). Letakkan telur ke atas salad dan tuangkan sos Hollandaise ke atas telur dan sayuran sebelum disaji. Jika sos Hollandaise terlalu pekat, cairkan dengan memukul masuk beberapa titik air sederhana panas.

 

Petua QL Kitchen:

  • Anda juga boleh menggunakan sayuran mentah yang lain seperti tomato, sengkuang atau lobak merah untuk salad ini. Selain itu, anda juga boleh campurkan dengan buah-buahan seperti epal hijau dan anggur.
  • Jika anda lebih suka telur yang masak sepenuhnya, rebuskan telur lebih selama 3 -5 minit, rendamkan di dalam air paip sebelum mengupas kulitnya.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author