Cocktail Makanan Laut Cheese

Kehausan idea untuk snek yang enak untuk anak-anak anda? Jemu dengan nugget, sosej, cucur dan pisang goreng yang biasa? Jangan bimbang, resepi cocktail makanan laut ini seronok, enak dan lawa dipandang. Kadangkala kita cuma perlu menyediakan bahan biasa dengan cara-cara yang baru dan menarik. Tauhu Ikan Cheese QL MUSHROOM sejajar dengan ciri ini. Tauhu Ikan Cheese QL Mushroom diperbuat dari daging ikan berkualiti (surimi – sangat tinggi dengan protein) ditambah dengan inti cheese, memberinya rasa dan tekstur yang lazat.

Goreng dan gabungkan tauhu cheese ini dengan udang yang disalut serbuk cebisan roti dan telur, berserta dengan timun dan tomoto ceri. Udang yang rangup di luar dan lembut di dalam, serta Tauhu Ikan Cheese yang bertekstur lembut, enak dikunyah dan cheese yang panas cair. Persembahan hidangan ini yang cantik membuatkannya sesuai untuk parti!

Jika anda berasa malas atau kekurangan masa, anda boleh mengubah resepi cocktail ini kepada tauhu ikan cheese dengan sayur sahaja, tanpa udang. Hidangkan dengan sepicit jus lemon dan cecah dengan sos Thousand Island/cili/tomato untuk melazatkan lagi hidangan yang mudah ini!

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 - 20 minit
Sajian untuk: 8 - 10

Bahan-bahan

½ paketTauhu Ikan Cheese MUSHROOM (paket 500 g)
200 gudang bersaiz sederhana, dibuang kulit tetapi kekalkan ekor, diperisa dengan garam dan lada (secukup rasa)
1 biji telur QL Deli Fresh, dipukul
½ cawan serbuk cebisan roti
10 - 15 bijitomato ceri
½ timun Jepun bersaiz sederhana, dipotong kiub
1 bijilimau atau lemon, dipotong baji
1Sos Thousand Island/cili/tomato untuk mencecah
Minyak masak untuk menggoreng

Perkakas: pencungkil gigi atau batang lidi

Langkah Penyediaan

  1. Nyahbeku Tauhu Ikan Cheese MUSHROOM di tahap suhu bilik selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali sehingga hampir mengasap (lebih kurang 180 C). Goreng Tauhu Ikan Cheese MUSHROOM selama 1 – 2 minit sehingga perang keemasan. Kelurkan dari kuali dengan senduk penapis dan buangkan minyak berlebihan dengan kertas. Biarkan seketika.
  3. Celupkan udang seketika dalam telur yang dipukul dan dan salut dengan serbuk cebisan roti. Goreng selama 3 – 4 minit dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Kelurkan dari kuali dengan senduk penapis dan buangkan minyak berlebihan dengan kertas. Biarkan seketika.
  4. Cucuk Tauhu Ikan Cheese MUSHROOM, udang goreng dan sayuran dengan pencungkil gigi atau batang lidi.
  5. Hidangkan serta-merta dengan sos Thousand Island/cili/tomato dan ketulan limau atau lemon.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author