Ayam Pongteh

Ayam Pongteh adalah hidangan tradisional Nyonya yang menggabungkan ayam, cendawan Cina dan kentang dengan rasa pes kacang soya. Kuah resepi ini yang dipekatkan dengan kewangian bawang merah, memang lazat sekali bila dihidangkan dengan nasi atau dicecah dengan flower roll yang gebu.

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 35 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

¾ cawanminyak masak
300 gbawang merah, ditumbuk lumat
10 ulasbawang putih, ditumbuk lumat
150 gtaucu (pes kacang soya)
1 kgayam, dipotong ketul
10cendawan Cina kering, direndam hingga lembut dan dibuang tangkal
1 lair
3 bijiubi kentang, dipotong ketul
2 sudu besarkicap cair
2 sudu tehkicap pekat
65 ggula
1 paketFlower Roll Figo - Biasa
1 tangkaldaun ketumbar, untuk perhiasan

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Tambahkan sos taucu dan tumis di atas api rendah-sederhana sehingga wangi.
  2. Gaulkan masuk ayam dan cendawan. Goreng hingga sebati dan tambahkan air.
  3. Biarkannya mereneh dan tambahkan ubi kentang. Perisakan dengan kicap cair, kicap pekat dan gula. Rendahkan api dan biarkannya mereneh selama 25 minit sehingga kentang dana yam masak sepenuhnya.
  4. Rebuskan Flower Roll Figo mengikut arahan di atas paketnya.
  5. Hiaskan Ayam Pongteh dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama Flower Roll Figo.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author