Teh Tengahari Oriental

Resepi hari ini mengimbas kembali zaman silam yang gemilang. Kami mempersembahkan pau mutiara (Pearl Buns) kacang merah QL Figo, disaji dengan the bunga 8 harta dan agar-agar bunga osmanthus & buah Goji.

Sajikan kombinasi hidangan ini sebagai set teh tengahari oriental mewah yang ringan dan menyegarkan. Sememangnya akan mengkagumkan para tetamu anda!

 

Masa penyediaan: 25 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4 - 5

Bahan-bahan

4 - 8 bijiPau Mutiara Kacang Merah Figo
Teh Bunga 8 Harta:
1 - 2 beguncang teh hijau melati (jasmine)
2 cawanbunga kekwa kecil
1 sudu tehtunas bunga mawar
1 sudu tehbuah Goji
4 bijikurma merah
4 hirisginseng
4 kepinglongan kering
350 mlair didih
12 ketulan kecilgula batu secukup rasa
Agar-Agar Osmanthus & Buah Goji (menghasilkan 12 - 16 ketul):
125 gserbuk agar-agar kunnyaku (manis)
2 sudu tehbunga osmanthus kering
2 sudu tehbuah Goji kering, direndam sehingga tegar semula
Air (mengikut langkah penyediaan pada bungkusan serbuk agar-agar)

Langkah Penyediaan

  1. Rebuskan Pau Mutiara Kacang Merah Figo mengikut langkah-langkah penyediaan di atas bungkusannya.
  2. Untuk menyediakan Teh Bunga 8 Harta, masukkan 7 ramuan pertama ke dalam teko teh 350ml. Tuangkan masuk air didih dan beberapa ketul gula batu secukup rasa. Biarkan teh selama 5 – 8 minit sebelum menghidang.
  3. Tuangkan teh panas dari teko ke dalam cawan menyaji. Sediakan teko yang seterusnya dengan manambah air didih dan juga gula batu jika perlu.
  4. Untuk menyediakan Agar-Agar Osmanthus & Buah Goji, didihkan air di dalam periuk. Setelah mendidih, rendahkan api dan tambahkan bunga osmanthus. Biarkan mereneh selama 2 minit.
  5. Tambahkan serbuk agar-agar kunnyaku. Kacau sehingga serbuk larut sepenuhnya. Tutupkan api.
  6. Masukkan 2 – 3 biji buah Goji ke dalam setiap acuan agar-agar dan sendukkan campuran agar-agar ke dalamnya. Biarkan agar-agar menyejuk seketika pada tahap suhu bilik. Kemudian, sejukkannya di dalam peti sejuk sehingga ianya tegar dan sedia.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author