Semperit Klasik

Biskut Semperit yang enak ini sememangnya salah satu biskut Raya yang tak boleh kurang. Kami berharap anda menyukai resepi ini.

Biskut yang cantuk ini ringan gebu dan ciar dalam mulut, dengan imbangan rasa tepung dan serbuk kustard yang seimbang. Cepat dan mudah untuk disediakan, ianya kegemaran tradisional untuk dinikmati pada musim Hari Raya.

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 35 - 40 keping

Bahan-bahan

215 gmentega
50 ggula aising
1 biji kuning telur QL Deli Fresh
30 gserbuk kustard
30 gtepung jagung
220 gtepung biasa
2 gserbuk penaik

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan mentega bersama gula aising selama 45 saat.
  2. Tambahkan kuning telur QL Deli Fresh dan pukul sehingga sebati.
  3. Tambahkan ramuan yang lain, dan gabungkan sehingga sebati. Biarkan adunan rehat selama 5 minit.
  4. Pasangkan beg piping dengan muncung semperit atau bintang dan isikan dengan adunan. Paipkan adunan ke atas dulang biskut.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 15 – 20 minit.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author