Churros dengan Sos Coklat Suam

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

250 mlair
2 sudu besargula perang
½ sudu tehgaram
75 gmentega tanpa garam
125 gtepung biasa
2 bijitelur QL Omega
Minyak sayur, cukup untuk ketinggian 2 inci dalam fryer/kuali
Gula Kayu Manis:
50 ggula kastor
½ - 1 sudu tehserbuk kayu manis
Sos Coklat:
100 gcoklat gelap
150 gwhipping cream

Langkah Penyediaan

  1. Gabungkan air, gula perang, garam dan mentega di dalam kuali. Biarkannya mendidih. Setelah ianya mendidih, matikan api dan kacaukan masuk tepung.
  2. Setelah tepung sebati, panaskan dan kacaukan campuran atas api rendah selama 2 minit.
  3. Matikan api dan biarkan campuran menyejuk.
  4. Tambahkan telur QL Omega, satu persatu dan kacau sebati. Adunan churros sepatutnya pekat tetapi masih lembut.
  5. Biarkan adunan rehat sehingga ianya suam. Pasangkan muncung berbentuk bintang pada beg pastri. Isikan adunan ke dalam beg pastri.
  6. Panaskan minyak. Setelah panas, tekankan keluar churros sepanjang 4-5 inci ke dalam minyak, dan gunakan pisau atau spatula untuk ‘memotong’ hujung adunan. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah sehingga ianya perang keemasan.
  7. Dengan menggunakan senduk berlubang atau penyepit, keluarkan churros dari minyak dan keringkan minyak di atas kertas tuala.
  8. Campurkan gula kastor dan serbuk kayu manis di atas piring yang cetek. Salutkan churros dengan campuran gula kayu manis.
  9. Panaskan whipping krim di dalam periuk dan matikan api. Tambahkan masuk ketulan coklat gelap dan kacau sehingga coklat larut sepenuhnya.
  10. Sajikan churros dengan sos coklat gelap.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author