Masa penyediaan: 25 minit
Masa memasak: 17 minit
Menghasilkan: 4 cupcake kecil
Bahan-bahan
Adunan Kek: | ||
---|---|---|
100 g | tepung kek | |
1 sudu teh | serbuk penaik | |
30 g | gula pasir | |
1 biji | telur QL Omega | |
60 ml | air | |
1 sudu besar | minyak sayuran | |
Adunan Hitam (Untuk Melukis): | ||
1 sudu besar | tepung biasa | |
½ sudu teh | gula | |
2 sudu teh | serbuk koko | |
3 sudu teh | air | |
Beberapa titik pewarna makanan biru atau hijau | ||
Adunan Bewarna (Untuk Melukis): | ||
1 sudu besar | tepung biasa (tambah extra ¼ - ½ sudu teh) | |
½ sudu teh | gula | |
1 sudu teh | air | |
Beberapa titik pewarna makanan |
Langkah Penyediaan
- Ayakkan bersama tepung dan serbuk penaik.
- Dalam mangkuk yang lain, pukulkan telur dan tambahkan gula secara beransuran.
- Tambahkan air dan minyak sayuran kepada telur.
- Gabungkan bersama campuran bahan-bahan basah dan kering.
- Tuangkan adunan ke dalam cawan cupcake mini (sepatutnya cukup untuk mengisi 4 cawan cupcake).
- Rebus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga cupcake naik.
- Sementara itu, sediakan campuran berwarna dengan menggabungkan bahan-bahannya bersama. Isikan ke dalam beg pemaip. Setelah cupcake sedia, paipkan corak ke atas cupcake.
- Kembalikan cupcake kepada steamer dan rebus selama 2 minit lagi.
Petua QL Chef:
- Untuk snek yang pantas dan mudah, abaikan corak perhiasan memaip dan taburkan sedikit bijan hitam dan putih ke atas mushipan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.